Panji Semerang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 28:
 
==Jalan cerita==
Filem Panji Semerang adalah berdasarkan Hikayat Panji Semirang, mungkin yang paling popular di kalangan banyak cerita Panji. Ia menggariskan mitos asas rakyat dan kerajaan-kerajaan Jawa. Ia bermula dengan keturunan dari kerajaan syurga 4 putera dan puteri separa dewa (Ratu; terpakai kepada kedua-dua jantina) yang mendirikan kerajaan-kerajaan mereka masing-masing di muka bumi - RatuPrabu Kuripan, RatuPrabu Daha, Ratu Gegelang dan Ratu Biku Gandasari.
 
Watak utama dalam kisah itu adalah Puteri Galuh Candra Kirana. Beliau adalah anak kepada Gusti Prabu Daha, Raja Kerajaan Daha. Gusti Prabu Daha mempunyai seorang isteri, Ratu Puspa Ningrat dan dua gundik- Mahadewi dan kegemarannya, Paduka Liku. Anak perempuan Paduka Liku adalah Puteri Galuh Adjeng, manakala Galuh Candra Kirana adalah anak perempuan isteri Mahadewi.
 
Hubungan antara kedua-dua puteri, Galuh Candra Kirana dan Galuh Adjeng, semakin bermasalah dari semasa ke semasa, dengan kedua-duanya bersaing untuk kasih sayang dan perhatian ayah mereka Prabu Daha. Candra Kirana akhirnya dilamar oleh Putera Kuripan, Raden Inu Kartopati. Ini menimbulkan kemurkaan saudara tirinya, dan mula untuk merancang menentangnya. Mulanya, Mahadewi merancang untuk meracun RAtu demi mendapatkan tempat sebagai Permaisuri di sisi Prabu Daha demi mudah mendapatkan perhatiannya.
 
Akhirnya, Paduka Liku dan Galuh Adjeng berjaya meyakinkan Prabu Daha yang Candra Kirana melakukan pengkhianatan terhadap bapanya. Setelah menimbulkan kemarahan Prabu Daha, Candra Kirana dihantar ke dalam buangan oleh ayahandanya. Sebelum itu, dia dibawa ke istana, dikecam secara terbuka dan rambutnya dipotong olehnya. Setelah dilucutkan gelaran kebangsawanan istana yang dipesakainya dan penghormatan beliau, Candra Kirana melarikan diri dari tempat itu dan kerajaan Daha bersama-sama denganpengikut ibundanya, Mahadewirapatnya.
 
Dalam buangan, Candra Kirana berjanji untuk menebus dirinya dan bermula hidupnya semula. Dengan rambutnya dipotong pendek, dia memutuskan untuk mengambil alih identiti seorang lelaki dan mengisytiharkan bahawa selepas ini, dia akan dikenali sebagai Putera Raden Panji Semirang Asmarantaka. Dia menyarung pakaian putera dan senjata. Dengan berpindah ke sempadan antara Kerajaan Daha dan Kuripan, dia mendirikan kerajaannya sendiri. Candra Kirana segera menarik sebilangan besar pengikut yang berhijrah ke sana, walaupun tiada seorang pun daripada rakyatnya sedar bahawa Panji adalah sebenarnya seorang wanita yang menyamar.
 
Tidak lama kemudian Panji Semirang membangunkan reputasi sebagai seorang pahlawan putera yang ganas dan bercita-cita tinggi. Dia mengisytiharkan perang terhadap negara-negara jiran dan memerintah tentera beliau untuk menyerang Kuripan. Panji juga memerintahkan tentera beliau untuk menculik rakyat Kuripan dan Daha yang melancong di tanah beliau, dan memerintah mereka untuk menangkap anak dara Kuripan khususnya dan membawa mereka kepadanya.
 
Akhirnya, Panji juga terpaksa berhadapan dengan putera Kuripan, Raden Inu Kertapati. Panji dengan sopan menjemput Raden Inu ke istananya dan melayannya dengan begitu baik. Raden Inu yang terpukau dengan kesopanan dan budi pekerti Panji merasa akrab. Akibat perlu berurusan di Daha, Raden Inu meninggalkan Panji.
 
Di Daha, Raden Inu diminta oleh bapa saudanyanya Gusti Prabu Daha iaitu untuk berkahwin dengan puteri Galuh Adjeng Daha sebaliknya, yang kebetulan menjadi adik kepada Galuh Candra Kirana (Panji Semerang) itu. Walaupun bersetuju dengan perkahwinan itu, Raden Inu keberatan dan bersungguh mencari kedudukan sebenar Galuh Candra Kirana. Dalam pencarian, Raden Inu bertemu dengan ibunda Candra Kirana, Mahadewi, dan akhirnya mengetahui kisah sebenar.
 
Panji seterusnya membawa rombongan beliau dan bersemayam di lereng Gunung Wilis, di mana mereka menghadapi puteri Biku Gandasari, salah satu daripada nenek moyang separa dewata yang merupakan antara orang pertama yang turun dari Kayangan dan tinggal di Jawa. Ratu Biku Gandasari memberi nasihat kepada Panji dan rombongan beliau agar tinggal bersamanya. Sementara itu Raden Inu, yang tidak dapat untuk meneruskan pernikahannya dengan Galuh Adjeng, melarikan diri dari istana. Beliau juga mengambil alih identiti lain, sebagai Pangeran Panji Djajeng Kesuma, dan menakluk semua negeri sekitar. Apabila tiba di negeri Gegelang, beliau tidak menyerang tetapi menghadap bapa saudaranya yang merupakan raja di sana.
 
Di Wilis, Biku Gandasari terserempak dengan Galuh Candra Kirana yang dalam penyamaran sebagai lelaki. Oleh itu, Biku Gandasari menasihati agar Candra Kirana tidak menggunakan identiti Galuh Candra Kirana atau Panji Semerang tetapi kali ini sebagai penghibur, Warga Asmara, ketua Gambus Muar. Biku Gandasari menyuruhnya membuat persembahan di hadapan Pangeran Panji Djajeng Kesuma di Gegelang.
 
Akhirnya Raden Inu (sebagai Pangeran Panji Djajeng Kesuma) bertemu dengan Panji yang dicintainya, yang kini berubah kepada penghibur lelaki, Gambuh Warga Asmara. Dipanah penampilan yang sungguh tidak asing akan Warga Asmara, Raden Inu bersungguh-sungguh berjumpa dengannya. Kemudian terdapat khabar bahawa Warga Asmara tetapi didedahkan bahawa Warga Asmara (Panji Semirang) sebenarnya Galuh Candra Kirana dan kedua-dua kekasih bersatu semula.
 
== Pelakon ==