Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 544:
* Satu persoalan yang sering wujud ialah sama ada masyarakat zaman Veda memakan daging lembu. Terdapat alasan-alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa masyarakat zaman Veda memakan daging lembu. Namun, lembu tenusu tidak pernah disembelih. Seekor lembu tenusu dikenali sebagai ''aghnyā,'' yang bermaksud ''"sesuatu yang tidak harus dibunuh."'' Hanya lembu jantan, anak lembu dan lembu mandul yang disembelih untuk dagingnya.<ref>Kunhan Raja, ''The Cultural Heritage of India'', vol.1 (Calcutta, India: Belur Math), 39</ref>
* Mengapa masyarakat Hindu kini tidak memakan daging lembu? Beberapa cendikiawan berpendapat bahawa ini mungkin disebabkan oleh pengaruh agama Jain. Masyarakat Hindu kebanyakannya tinggal di luar bandar. Di hampir setiap rumah orang Hindu terdapat sekurang-kurangnya seekor lembu tenusu. Lembu tenusu di India adalah amat jinak. Kanak-kanak membesar dengan meminum susu lembu dan memelihara lembu sebagai binatang peliharaan, sama seperti anjing atau kucing peliharaan dalam masyarakat lain. Selain pantang-larang memakan daging lembu, ini juga salah satu sebab mengapa orang Hindu tidak dapat berfikir untuk menyembelih lembu dan memakan dagingnya. Selain itu, orang Hindu juga sering mengelakkan daripada membunuh semua haiwan betina.
* Adakah lembu seekor binatang suci? Segelintir orang barat berpendapat bahawa orang Hindu tidak memakan daging lembu kerana menganggapnya sebagai binatang suci. Menurut agama Hindu, Tuhan wujud dalam segala-galanya. Meskipun Tuhan wujud dalam segala-galanya, manifestasinya tidak sama dalam semua benda. Manifestasi Tuhan dalam seorang wali atau Jelmaan Tuhan adalah lebih kuat. Manifestasi Tuhan adalah kurang dalam manusia biasa, dan tidak ketara dalam binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain. Manifestasi Tuhan paling kurang dalam benda-benda bukan hidup seperti batu-batan. Maka, Tuhan sesungguhnya wujud dalam lembu juga. Jika tidak, ini akan bertentangan dengan idea bahawa Tuhan ialah Maha Wujud. Jika Tuhan Maha Suci, maka segala-galanya juga suci.
 
== Kuil ==