Filem Si Luncai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Halimimaarof (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '==Filem Si Luncai (1981)== Filem Si Luncai merupakan sebuah filem genre komedi melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1981. Filem ini diarahkan ole...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:46, 17 April 2016

Filem Si Luncai (1981)

Filem Si Luncai merupakan sebuah filem genre komedi melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1981. Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik dan terbitan Deddy M.Borhan


Pelakon

  • R Jaafar
  • Azlina Aziz
  • Yahya Sulong
  • Normadiah
  • Mahmud June
  • AR Ayapan
  • Idris Hashim
  • Hussein Abu Hassan

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Si Luncai seorang pengembala kambing yang lurus tetapi berhati mulia. Dia telah jatuh hati dengan anak ketua kampung akan tetapi harapannya hancur setelah pinangannya ditolak atas kedudukan pangkat dan darjat memandangkan Si Luncai hanya seorang pengembala kambing. Ketua Kampug yang tahu tentang kelurusan Si Luncai telah menyuruhnya terjun ke sungai bersama dengan sebuah labu. Maka Luncai pun terjun dan labu itu dijadikan sebagai pelampung untuk menyelamatkan diri. Setibanya di tebing sungai dia didatangi oleh jin yang memberikannya harta yang banyak. Untuk membalas balik apa yang telah dilakukan oleh Ketua Kampung, Luncai telah menyamar menjadi seorang putera raja yang kaya dan menyuruh Ketua Kampung bersama datuk-datuk menteri pergi ke sebuah padang pasir untuk mengambil hartanya yang ditinggalkan di situ. Maka Ketua Kampung pun pergi mencari apa yang dikatakan oleh Luncai. Kesempatan ini diambil oleh Luncai untuk mengahwini anak Ketua Kampung tersebut. Setelah berbulan-bulan mereka mencari harta yang tiada di padang pasir itu, dan setelah mengetahui sebenarnya putera raja itu adalah Luncai, Ketua Kampung akhirnya meminta maaf kepada Luncai kerana penghinaannya yang lalu.

Lagu

  1. Biarkan biarkan