Panglima Badol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Halimimaarof (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
==Ringkasan==
{{spoiler}}
*Filem ini mengisahkan Badul seorang budak kampung yang rajin membantu ibunya sejak kecil lagi. Pada suatu hari dia ingin mengembara untuk mencari bapanya yang dikatakan telah mati lama dulu tetapi dia percaya yang bapanya masih hidup. Niatnya mendapat tentangan dari ibunya tetapi demi anaknya yang dikasihi, dia merelakan jua Badul untuk pergi.
*
Setelah sampai ke sebuah kampung, Badul bertemu dengan Jalak iaitu pekerja suruhan datuk penghulu dimana dia sedang mencari pendekar yang boleh mengalahkan datuk panglima. Datuk Panglima adalah seorang yang sombong dan bongkak dengan kekuatannya dan sering menindas penduduk kampung. Disebabkan itulah Datuk Penghulu ingin mencari pengganti Datuk Panglima.
Di masa yang sama Badul telah bertemu dengan ayahnya dan sempat juga mempelajari ilmu silat kerana ayahnya dulu pernah bertarung dengan Datuk Panglima sehingga dia menjadi buta. Apabila berlaku kekecohan di mana anak Penghulu telah dilarikan oleh konco-konco Datuk Panglima, entah macamana Badul telah berjaya mengalahkan mereka dan ditabalkan menjadi Panglima Badul
 
==Pelakon==