A Famosa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 56:
[[Fail:Porta de Santiago 2.jpg|thumb|left|Pintu Santiago (''Porta de Santiago'') yang masih terpelihara|250px]]
[[Fail:A Famosa - Reconstruction of watchtower.jpg|thumb|left|Pembinaan semula kubu tinjau yang dibina atas tapak runtuhan asal kubu|250px]]
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (''Holland'') pada tahun 1795, Putera. William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan [[Perancis]]. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.
 
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di [[Pulau Pinang]] dan [[Singapura]]. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di [[India]]. <ref>[http://courses.nus.edu.sg/course/ellhpj/resources/abdullah3.HTM Menurut Hikayat Abdullah]</ref>