Adnan Sempit 3: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
 
==Sinopsis==
Kisah penuh ranjau antara pasangan Adnan ( Shaheizy Sam ) dan Nadia ( Intan Ladyana ) juga Bobby ( Along Raja Lawak ) dan Wawa ( Yana Samsudin ) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing – masing . Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar , bermacam – macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan.Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa bersama – sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinbya. Sementara itu , Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin . Nadia asyik moody dan baran sepanjang tempoh ianya mengandung juga menjejaskan hubungannya dengan Adnan yang merasakan dirinya terpinggir.Masalah mula bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya , untuk menguruskan kerja – kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera ( Mamee ) bapa mertuanya, Dato’ Ithnin ( Dato’ Tarmimi Siregar ) dengan sebuah kilang . Kilang yang sama , Adnan telah berkenalan dengan Zita ( Shima Anuar ) seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Adnan dan Zita banyak meluangkan masa bersama sehingga menjadikan hubungan Adnan dan Nadia renggangNasib malang yang sama juga menimpa Bobby , apabila dia terpaksa menginkari janjinya pada Wawa dan melibatkan diri dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan  itu telah diketahui Wawa, wanita itu turuy memberikan kata putus untuk berpisah dengannya.
 
==Pelakon==