Ananda Krishnan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 55:
Ananda juga merupakan ketua [[Astro|Astro All Asia Networks Plc]] yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di [[Hong Kong]]) dan arkib filem [[Shaw Brothers]].
 
Pada tahun [[1996]], Ananda melancarkan [[satelit perhubungan]] Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya [[Binariang Satellites Systems Sdn Bhd]]. Bagaimanapun, [[kegawatan ekonomi]] yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya.
 
Ananda kini merupakan [[Rupert Murdoch]] Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda daripada kroni-kroni yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum mengalihkan pandangan ke dalam negara.
 
==Garis masa==