Mahadeva: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 60:
menyapukan abu Dhuni ke atas badan mereka seperti Siva. Abu ialah saki-baki selepas semua nama dan rupa hilang dan kesatuan sebenar yang merangkumi segala
kepelbagaian dicapai. Mahayogi Siva ialah pemusnah segala-galanya, kerana Dia menyingkirkan semua kepelbagaian dan menyatukannya.      
 
Siva sering kelihatan dengan dua, tigam empat, lapan, sepuluh atau tiga puluh dua tangan. Antara objek-objek yang dipegang-Nya ialah trisula, cakra (cakera), parasu (kapak), damaru (gendang), aksamala (tasbih), mrga (rusa), pasa (tali), danda (tongkat), pinaka atau ajagava (busur), khatvanga (tongkat sakti), pasupata (lembing), padma (bunga teratai), kapala (cawan tengkorak), darpana (cermin), khadga (pedang) dan sebagainya.      
 
Trisula ialah sebuah senjata yang penting, dan ini menggambarkan Siva sebagai Pemerintah Agung. Secara falsafah, Trisula juga bermaksud tiga guna (sattva, rajas dan tamas) dan tiga proses ciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan. Maka, Siva sebagai pembawa trisula ialah raja segala guna dan proses kosmik telah bermula dari-Nya.      
 
Ketika Siva menari tandavanrtya dengan memainkan damaru (gendang kecil) sebanyak empat belas kali, bunyi-bunyi seperti a-i-un, r-lk-k, dan sebagainya telah dilahirkan. Bunyi-bunyi ini dikenali sebagai Mahesvarasutras - empat belas formula asas yang mengandungi semua abjad-abjad yang disusun dengan amat bijak dan melahirkan aturan tatabahasa. Maka, damaru ialah simbol abjad-abjad dan tatabahasa atau simbol bahasa. Dalam kata lain, ia ialah simbol semua kata-kata - lisan dan bertulis - dan semua seni dan sains. Damaru juga menunjukkan bunyi sebagai logos - yang melahirkan seluruh alam semesta ini. Dengan memegang damaru, Siva menunjukkan bahawa segala ciptaan termasuk segala ilmu seni dan sains, telah dijadikan-Nya atau kehendak hati-Nya, sebagai permainan-Nya.      
 
Aksamala (tasbih) menunjukkan bahawa Siva ialah raja segala ilmu rohani. Khatvanga (tongkat sakti yang mempunyai tengkorak pada hujungnya) ialah simbol bahawa Siva ialah raja ilmu sihir. Kapala (cawan tengkorak) yang digunakan-Nya untuk meminum darah ialah satu lagi simbol kuasa kemusnahan-Nya. Darpana atau cermin menunjukkan bahawa segala ciptaan ini ialah cuma suatu bayangan rupa kosmik-Nya.      
 
Sivalinga      
 
Biasanya, Siva tidak dipuja dalam rupa-Nya sebagai mulamurti (imej asli yang ditabalkan di kuil, tetapi hanya sebagai utsavamurti (imej yang digunakan semasa perayaan untuk dibawa dalam perarakan).      
 
=== Purana-purana ===