Muhammad bin Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Limauais (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox president | honorific-prefix = '''YBhg. Datuk''' | name = Muhammad bin Ibrahim | honorific-suffix = ''P.J.N., D.P.M.S.'' | image...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:33, 29 April 2016

Datuk Muhammad bin Ibrahim merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 dan terkini. Beliau menggantikan Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Perlantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016

YBhg. Datuk

Muhammad bin Ibrahim

P.J.N., D.P.M.S.
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8
Dalam jawatan
1 Mei 2016 – Kini
Didahului olehZeti Akhtar Aziz
Butiran peribadi
Lahir1960
KerakyatanMalaysia
Alma materUIAM
Universiti Malaya
HKS, Harvard University
HBS, Harvard University
Laman web rasmiBank Negara Malaysia

Pendidikan

Muhammad Ibrahim merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dari John F. Kennedy School of Government, Harvard University pada 1993. Beliau juga telah menjalani Program Pentadbiran Lanjutan di Harvard Bussiness School, Harvard University pada 2010. Beliau juga memproleh Diploma Pascasiswazah dalam Perbankan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dari Universiti Malaya.

Karier

Muhammad Ibrahim menyertai Bank Negara Malaysia pada 1984 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM pada Jun 2010. Beliau juga merupaka Jawatankuasa dalam Penstabilan Kewangan dan Polisi Monetari.

Semasa khidmat beliau dalam BNM, beliau juga memegang beberapa jawatan dalam badan kerajaan dan syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 2010 dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012. Sewaktu Krisis Ekonomi Asia 1997, beliau merupakan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad, sebuah agensi bertujan unutk permodalan semula.

Gabenor Bank Negara ke-8

Semasa pencalonan untuk menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara yang ke-8. Terdapat beberapa kontroversi. Hal ini kerana terdapat campur tangan oleh kerajaan dengan memberi beberapa calon yang dianggap tidak sesuai oleh Lembaga Pengarah BNM dan Zeti sendiri. Zeti mencalonkan timbalan beliau, Muhammad Ibrahim sebagai pengganti beliau.

Zeti mencalonkan timbalan beliau, Muhammad Ibrahim sebagai pengganti beliau. Tetapi ada juga calon lain yang diberi oleh pihak kerajaan seperti Mohd Irwan Serigar Abdullah, Abdul Wahid Omar dan Awang Adek Hussin. Bagi Zeti, Muhammad Ibrahim merupakan calon yang terbaik. Pada 28 April 2016, keputusan muktamad telah dikeluarkan, Muhammad Ibrahim akan dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkuatkuasa 1 mei 2016 melalui sebuah kenyataan di Pejabat Perdana Menteri.