Kudat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adamc92 (bincang | sumb.)
Adamc92 (bincang | sumb.)
Baris 19:
 
==== Kemasukan buruh Cina ====
Selepas pekan Kudat dibuka, fokus SBUB telah beralih kepada kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian. SBUB kurang berminat melibatkan orang tempatan dalam kegiatan tersebut, sebaliknya membawa masuk buruh dari [[Republik Rakyat China|China]]. Hal ini demikian kerana pihak SBUB berpendapat bahawa "nilai produktif dan industri pendatang asing... jauh melebihi orang pribumi Borneo... [dan] tempoh yang lama diperlukan sebelum orang pribumi menjadi aset yang berharga kepada kerajaan negeri seperti pendatang asing".<ref>"A Report on the Census of North Borneo, 1921", London, 1922, p.6. Quoted by Lee Yong Leng, ''North Borneo: A Study in Settlement Geography'', Singapore: Eastern University Press, 1965, p.66.</ref> Pada tahun 1882, Gabenor Borneo Utara British, William MedhurstCowie, telah meminta Walter Medhurst (yang baru sahaja menjadi Pesuruhjaya Imigresen di China) supaya menghantar buruh Cina ke Borneo Utara British. Medhurst mengumumkan bahawa orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British akan dihantar ke situ dengan percuma. Tawaran tersebut telah menggalakkan ramai orang Cina berhijrah ke Borneo Utara British. Kebanyakan daripada mereka menetap di Kudat dan Sandakan kerana bandar-bandar tersebut merupakan bandar terbesar di Borneo Utara British pada masa itu. Sewaktu Medhurst kembali ke [[United Kingdom]] pada tahun 1885, seramai 348 daripada 937 penduduk di Kudat merupakan orang Cina. Dalam kalangan 348 orang Cina tersebut, seramai 222 orang bekerja sebagai peniaga.<ref>Danny Wong Tze Ken, ''The Transformation of an Immigrant Society: A Study of the Chinese of Sabah'', London: Asean Academic Press, 1998, p.2.</ref>
 
[[File:Kudat Sabah Fuk-Tek-Kung-Temple-01.jpg|thumb|Kuil Fuk Tek Kung dibina oleh masyarakat Cina Kudat]]
 
Kepentingan Kudat menurun secara mendadak selepas [[Sandakan]] dijadikan ibu negeri Borneo Utara British yang baru. Walaupun kedatangan pekerja Cina ke Kudat kekal berterusan sehingga ke tahun 1940an, namun kadar kemasukan pendatang baru menjadi semakin perlahan.
 
==== Perang Dunia Kedua ====