Takdir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 14:
''Lapar'' merupakan '''TAKDIR''' dari Allah swt. Apabila manusia lapar, mereka akan memilih untuk makan. Apakah makanan yang patut dimakan? Disini ada '''TEKAD BEBAS/KEBEBASAN MEMILIH,''' maka '''HUKUM SYARIAT''' memainkan peranan. Halal, haram dan syubhah ialah pilihan makanan dari hukum syariat. Wajib bagi seorang islam makan makanan yang halal, manakala syubhah lebih mendekati yang haram. Pada peringkat ini dimana terdapat '''TEKAD BEBAS''', '''UJIAN''' berlaku iaitu bagaimanakan seseorang membuat pilihan apabila menghadapi '''TAKDIR''' yang berlaku. Jika seorang muslim memilih untuk makan makanan yang halal, dia akan mendapat pahala, memilih makanan yang haram berdosa. Kedua-dua pahala dan dosa adalah ketentuan Allah swt atas apapun pilihan yang telah/akan dibuat. Terdapat ribuan jenis makanan halal yang boleh dipilih. Manakala lapar ialah perencah yang paling baik untuk menyedapkan makanan. Maka dengan lapar, manusia akan dapat '''MENIKMATI''' berbagai jenis makanan yang telah disediakan oleh Allah swt. Jika pada suatu ketika tidak terdapat makan yang halal, hanya yang haram, maka keadaan itu dinamakan '''DARURAT''' dan seorang muslim harus untuk makan makanan yang haram sekadar untuk meneruskan hidup.
 
Contohnya seseorang memiih untuk makan ayam goreng. Apabila terdapat permintaan maka akan adalah penawaran, jika ada yang memerlukan adalah yang menjual, seterusnya menternak, menyediakan makanan ternakan dan sebagainya. Berlakulah aktiviti perniagaan. Dengan terdapat ribuan makanan yang telah Allah swt telah sediakan maka terdapatlah ribuan aktiviti termasuktermasuklah perniagaan, pengangkutan, perladangan, penyelidikan, pendidikan, kejuruteraan dan sebagainya, yang melibatkan jutaan manusia. Hanya dengan takdir '''LAPAR,''' sebahagian besar penduduk bumi dapat memenuhi keperluan hasil dari aktiviti yang berkaitan dengannya.
 
Pada setiap pilihan, '''TAKDIR''' yang lain boleh berlaku bergantung kpada kehendak Allah swt. Seseorang mungkin boleh terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalan untuk makan, boleh tercekik semasa makan atau mungkin keracunan selepas makan atau lain-lain. itu semua adalah '''TAKDIR''' yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Maka pada ketika itu kita sedang menghadapi '''UJIAN'''. '''UJIAN''' berlaku apabila kita perlu membuat satu pilihan dari berbagai pilihan apabila suatu '''TAKDIR''' berlaku.