ND Lala: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Pencapaian: wrong fact
Muhammad Izwan (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan web mudah alih
Baris 22:
 
==Muzik==
Sepanjang bergiat serius sebagai penyanyi sejak 1987, beliau telah melahirkan 8 buah album solo termasuk ''Rezeki'' pada tahun 2000. Album lain yang pernah dihasilkan oleh N.D Lala ialah ''[[Buah Hati Dikebas Orang]]'', ''[[Balada Cintamu Balada Cintaku]]'', ''[[Peel (album ND Lala)|Peel]]'' dan ''[[Bila Lagi (album ND Lala)|Bila Lagi]]'' . Beliau juga pernah menghasilkan album ''[[Ya Y.B (album ND Lala)|Ya Y.B]]'' dan ''[[Rumah Kita (album ND Lala)|Rumah Kita]]'' yang dijual di kalangan ahli-ahli UMNO sahaja <ref>http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2000&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm</ref>. ND berpeluang berkerjasama dengan penerbit handalan seperti [[Ahmad Nawab]] dan [[Adnan Abu Hassan]] ketika awal karier muziknya sebelum bertindkakbertindak menerbitkan sendiri lagu-lagu dalam 4 album terakhirnya. Beliau juga antara penyanyi terawal yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) yang ketika itu belum begitu aktif menerbitkan album pop tradisional. Kejayaan beberapa buah lagu ND membuka pasaran yang baik untuk muzik tradisional pada tahun 1996. Antara lagu yang hit dendangan beliau adalah lagu "Mat Tahir Mata Air", "Diari YB", "Syair Cak Pong", "Zapin Berharap". Dua buah lagunya pernah memenangi [[Juara Lagu Kategori Etnik Kreatif]] pada [[Anugerah Juara Lagu 1995|1995]] dan [[Anugerah Juara Lagu 1996|1996]] selain pernah bertanding sebagai komposer untuk lagu nyanyian [[Noraniza Idris]] ("Hala Timur", [[Anugerah Juara Lagu ke-17|2002]]). Beliau juga pernah memenangi [[Anugerah Industri Muzik]].
 
Sebagai penyanyi beliau cukup terkenal dengan lagu-lagu bergenre tradisional yang berkonsepkan satira, komedi, rakyat dan pop. Malahan namanya berjaya diletakkan sebaris dengan penggiat muzik tradisional era 90an lain seperti [[Kopratasa]] (lagu puisi), [[M. Nasir]] (nusantara dan sufi), [[Sheqal]] (nusantara), [[Mohd Zaki Mansur|To'ki]] (pop tradisional), [[Noraniza Idris]] (pop tradisional, etnik fusion) dan [[Zainal Abidin]] (etnik fusion).
 
==Pengacaraan==