Radio Televisyen Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 59:
 
Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan 1-lagi detik penting dalam sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran televcisyen warna oleh Perdana Menteri, [[Dato' Hussein Onn]], diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat Televisyen, [[Bintang RTM]], Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.
 
[[Fail:RTM logo.jpg||thumb|Logo RTM dari tahun 1987 hingga 2004]]
Setelah lebih 20-tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).