Mahadeva: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 101:
 
==== Ugra, Raudra atau Samharamurti ====
Semua rupa-rupa yang menakutkan, boleh dikumpulkan di bawah aspek Samharamurti.
 
Kankala Bhairava merupakan aspek Shiva yang memotong kepala kelima Brahma kerana mempersendakannya. Atas dosa itu, Shiva terpaksa menjalani kehidupan sebagai pengemis selama dua belas tahun.
 
Gajasuravadhamurti menghapuskan raksasa Nila (seorang teman Andhakasura) yang telah mengambil rupa seekor gajah.
 
Tripurantakamurti ialah Shiva yang menggunakan anak panah-Nya untuk memusnahkan kota-kota besi, perak dan emas yang dibina di bumi, di angkasa dan di syurga oleh tiga orang anak Andhakasura. Disebabkan tiga kota-kota ini, Andhakasura telah menjadi kebal.
 
Sarabhesamurti menggambarkan Shiva sebagai seekor Sarabha (suatu binatang mitos yang lebih buas daripada singa) yang menghapuskan rupa Narasimha Vishnu. Kemungkinan ini suatu cerita rekaan penganut mazhab Shaivisme untuk menunjukkan keagungan Shiva berbanding Vishnu!
 
Kalarimurti menunjukkan Shiva mengalahkan Yama, Dewa Kematian, yang ingin mengambil nyawa Markandeya, seorang pemuja Shiva.
 
Kamantakamurti menunjukkan Shiva yang memusnahkan Kama, Dewa Cinta, dengan mata api dari ketiga-Nya.
 
Andhakasuravadhamurti ialah Shiva yang menumpaskan Andhakasura, dan kemudiannya atas rayuan Andhakasura, melantiknya sebagai ketua golongan Gana (orang suruhan kerdil). Andhaka menjadi Bhrngisa.
 
==== Nrtta atau Tandavamurti ====