Mahadeva: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 81:
 
==== Acala-linga ====
Acala-linga pula ialah imej yang ditabalkan di kuil. Biasanya, acala-linga dibuat daripada batu dengan tiga bahagian. Bahagian bawah berbentuk segi empat dan dipanggil sebagai '''Brahmabhaga''' dan ia mewakili Brahma, Pencipta. Bahagian tengah yang berbentuk oktagon dipanggil sebagai Vishnu-bhaga'''Vishnubhaga''' dan ia mewakili Vishnu, Pemelihara. Kedua-dua bahagian ini berada pada bahagian dalam. Bahagian berbentuk silinder yang timbul di luar dinamakan '''Rudrabhaga'''. Pemujaan dilakukan pada Rudrabhaga (maka dikenali sebagai '''Pujabhaga'''). Bahagian Pujabhaga juga mempunyai beberapa garis yang dikenali sebagai '''Brahmasutra'''. Sebuah Linga tanpa garisan Brahmasutra tidak boleh dipuja.<ref>ibid, ms.282</ref>      
 
Secara amnya, linga dibahagikan kepada dua kumpulan: '''akrtrima''' (semulajadi) dan '''krtrima''' (buatan manusia). Linga semulajadi termasuk '''svayambu linga''' (yang wujud secara semulajadi dari perut bumi) dan '''banalinga''' (terbentuk daripada batu kuarza) yang terdapat di sungai Narmada. Terdapat pelbagai bentuk, saiz dan warna banalinga. Linga-linga ini dianggap sebagai suci semulajadi, dan oleh itu tidak memerlukan upacara pemujaan khas.<ref>ibid, ms.282</ref>      
 
Cala linga boleh diperbuat daripada beberapa bahan seperti tanah liat, kayu, batu permata atau logam. Logam-logam yang sesuai ialah seperti emas, perak, tembaga dan logam loceng. Batu permata seperti delima, zamrud, belian, batu topaz, dan mutiara sesuai dijadikan linga. Antara kayu yang sesuai untuk membuat linga ialah kayu cendana, pain, vilwa dan sebagainya.<ref>ibid, ms.282</ref>      
 
Bagi memenuhi hasrat seseorang, beberapa linga dicadangkan untuk pemujaan. Misalnya, pemujaan linga daripada batu mutiara akan menghapuskan dosa seseorang. Linga batu topaz pula memberikan kekayaan.      
 
Kadang-kadang, muka Shiva akan diukir pada pujabhaga. Linga begini dinamakan sebagai '<nowiki/>'''Isvaralinga'''<nowiki/>'. Jika seluruh rupa Shiva diukir, maka ia dinamakan sebagai '<nowiki/>'''Rudralinga'''<nowiki/>'. Sekiranya, rupa Shiva diukir di tengag-tengah linga, ia dikenali sebagai ''''Lingodbhavamurti'''<nowiki/>'.      
 
Di India Selatan terdapat lima kuil-kuil Shiva yang mewakili