2011 di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 116:
 
===April===
* 2 April - [[Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia]] (SPRM) telah menahan 62 pegawai [[Kastam Diraja Malaysia]] pelbagai pangkat dan jawatan di bawah operasi 3b itu kerana didakwa terbabit dalam rasuah, pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.
* 6 April - Seorang pembantu pengarah Kastam Diraja Malaysia negeri Selangor, Ahmad Sarbani Mohammad, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
* 6 April - Jenazah wira negara Mohammed Abdul Lalil @ Jalil, yang terbunuh dalam nahas kapal terbang di Gua Musang, Kelantan semasa [[Darurat Tanah Melayu]] pada 25 Ogos 1950 telah dibawa balik ke Muar, Johor dan ia dikebumikan di Bukit Tanah Perkuburan Islam Treh .
* 11 April - Juruterbang terbunuh dalam nahas helikopter di Sibu, Sarawak.
* 16 April - Pembukaan semula Hentian [[Hentian Pudu Sentral|Puduraya]] di Kuala Lumpur.
* 16 April - [[Pilihan raya DUN Sarawak 2011|Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011]]. [[Barisan Nasional]] (BN) mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi. [[Abdul Taib Mahmud]] mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak.
* 20 April - Penyanyi remaja [[Kanada]], [[Justin Bieber]] mengadakan konsert di Malaysia buat pertama kali di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
* 27 April - Perdana Menteri China, [[Wen Jiabao]] melawat Malaysia buat kali kedua dan menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Ekonomi Malaysia-China di Kuala Lumpur.
* 27 April - Sepuluh rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland di [[New Zealand]] kerana cuba menyeludup [[methamphetamine]] bernilai NZ $ 10mil (RM24mil) dalam kasut mereka.
* 29 April - Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dengan bersumpah demi Allah, bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] adalah orang yang dipaparkan dalam video seks pada 21 Februari 2011 yang baru-baru ini telah ditunjukkan kepada wartawan.
 
===Mei===