Saivisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 115:
Topik-topik yang dibincangkan dalam sastera Pasupata dinamakan secara teknikal sebagai Pancārthas atau Lima Subjek Asas. Topik-topik asas ini ialah karana, karya, yoga, vidhi dan duhkhanta.
 
'''KARANA'''
 
Karana atau sebab purba adalah Shiva, yang dikenali sebagai 'Pati' (Tuan). Nama-nama-Nya lain ialah Rudra, Sankara, Kala, Balavikarana, Aghora, Sarva, Sarva, Tatpurusa, Isana, Isvara, dan Brahma.
 
SivaShiva adalah anadi (tanpa permulaan atau asal-usul), avyaya (tidak boleh dihapuskan), dan punca ciptaan,pemeliharaan dan pemusnahan alam semesta. Shiva adalah menjangkaui dan meliputi alam semesta. Dia penuh kasih sayang. Simbol-Nya yang terbaik ialah Pranava atau Om.
 
Shiva atau Isvara adalah hanya punca efisien atau nimittakarana untuk ciptaan. Sebaliknya, dalam sistem [[Falsafah Vedanta|Vedanta]], Shiva adalah upadanakarana (punca material). Meskipun Roh Individu dan dunia wujud berasingan, kedua-duanya berada dalam kawalan Shiva. Shiva juga menyebabkan perubahan dalam dunia dan roh individu. Namun, sebagai 'prasadi' (yang mencurahkan rahmat), Shiva sentiasa penuh penyayang. Itulah sebabnya, kita dapat mencapai kebebasan dengan meditasi ke atas-Nya.
 
'''KARYA'''
 
Subjek Asas kedua ialah Karya. Karya di sini bukan bermaksud sebagai suatu kesan, tetapi sebagai asvatantra atau bergantung. Sebaliknya, karana adalah sesuatu yang bebas atau svatantra. Dalam konteks ini, hanya Shiva adalah bebas, karana dan jagat (dunia) dan jiva (roh individu) adalah karya kerana kedua-duanya bergantung pada Shiva.
 
Meskipun Shiva adalah karana, jiva, atas dorongan-Nya, boleh menjadi karana dalam proses ciptaan berikutnya. Begitu juga dengan Prakrti atau Pradhana yang bertanggungjawab untuk evolusi berterusan dunia. Oleh itu, kedua-dua ini dinamakan sebagai 'karya-karana'.
 
Evolusi dunia daripada Prakrti adalah sama seperti dalam sistem [[Falsafah India|falsafah Sankhya]].
 
Seperkara perlu diperhatikan di sini. Isvara sebagai karana asal tidak akan dicemari oleh proses evolusi alam semesta. Sebaliknya, Prakrti sebagai karya-karana boleh terjejas. Dua contoh-contoh boleh menjelaskan konsep ini. Teratai mekar apabila terkena cahaya matahari. Ketulan besi bergerak berdekatan magnet. Dalam kedua-dua keadaan ini, matahari dan magnet tidak terjejas tetapi teratai dan ketulan besi terjejas. Begitu juga, Isvara tidak terjejas dengan proses evolusi dunia melalui Prakrti dan jiva.
 
Dalam kalangan karya, Jivatman (roh individu) adalah yang paling penting. Jivatman dinamakan 'Pasu' kerana ia terikat dengan 'Pasa' (ikatan) dan melihat ('pasyati') dirinya sebagai kompleks badan-minda, melupakan bahawa dia adalah roh. Sebaliknya, Shiva ialah 'Pasupati (Tuan segala 'pasu').
 
'Pasu' atau Jiva adalah abadi, dan mempunyai kesaktian untuk melihat ('drksakti) dan untuk bertindak ('kriyasakti').
 
'Pasu' dibahagikan kepada dua kumpulan bergantung kepada tahap evolusi rohani masing-masing iaitu sanjana (mereka yang terikat pada badan, pancaindera dan minda) dan niranjana (jiwa yang bebas).
 
'Pasa' atau ikatan yang mengikat 'pasu' dinamakan sebagai 'mala' atau kekotoran. Terdapat tiga 'mala': anavamala, mayiyamala dan karmamala.
* Anavamala adalah kekotoran yang menyebabkan 'Pasu' terikat dengan badan dan mengenalpasti badan sebagai dirinya yang sebenar.
* Mayiyamala adalah ikatan yang disebabkan oleh Maya (kuasa Isvara).
* Karmamala adalah sekatan yang disebabkan oleh karma lama.
Dengan bantuan yoga, 'Pasu' dapat membersihkan dirinya daripada semua kekotoran ini dan mencapai keadaan duhkhanta (penghapusan segala duka dan penderitaan).
 
'''YOGA'''
 
Yoga diberikan maksud 'samyoga' (kesatuan) Atman ('Pasu') dan Isvara (Pasupati).
 
Ini merangkumi tindakan tersisih atau melepaskan diri daripada segala keselesaan dan nikmat duniawi dan melihat Isvara sebagai satu-satunya matlamat hidup. Yoga ini boleh dicapai dengan rahmat Isvara atau dengan berserah sepenuh pada-Nya.
 
Amalan Yama seperti ahimsa (ketidak-ganasan), brahmacharya (mengawal nafsu), satya (bercakap benar), asangraha (tidak mengumpul harta-benda), adalah sadhana-sadhana yang amat berguna untuk yoga. Begitu juga dengan Niyama iaitu akrodha (mengawal kemarahan), guruseva (khidmat pada guru), sauca (kebersihan), mitahara (pemakanan sederhana) dan jagarukata (sentiasa berhati-hati).
 
VIDHI
 
== Saiva Siddhanta ==