Saivisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 226:
* Falsafah sistem ini ialah Sakti Visistadvaita
* Bagi menjelaskan proses evolusi dunia ini, mazhab ini juga menerima 36 tattva atau prinsip yang diberikan oleh Shaivisme Kashmir.
 
=== Disiplin-Disiplin Praktikal ===
Jiva atau Pasu adalah sama bijaknya dengan Shiva atau Pati. Tetapi disebabkan tiga kekotoran iaitu anavamala, mayiyamala, dan karmamala, kebijaksanaan Pasu telah dicemari.
 
Bagi menyucikan dirinya daripada tiga kekotoran, seseorang perlu mendapatkan Diksha daripada seorang guru yang bertauliah. Diksha ialah sebuah ritual yang mudah di mana guru akan menyembah Shivalinga dan kemudian, mengikat Shivalinga pada leher pengikutnya seperti seutas rantai. Biasanya, Linga akan dibubuh pada sebuah peti kecil perak. Dalam proses ini, guru akan memberikan mantera (Namassivaya) dan memindahkan kuasa rohaninya kepada pengikut.
 
Mazhab ini juga membenarkan golongan wanita untuk mendapat Diksha.
 
Seseorang yang melalui Diksha dikehendaki untuk mengamalkan lima disiplin yang dikenali sebagai Pancacara dan melindungi dirinya dengan lapan 'penutup', astavarana yang disenaraikan oleh sistem ini.
 
Dengan mengamalkan pancaracara dan astavarana, seorang Lingayat akan bebas daripada kekotoran dan badannya akan menjadi suci. Maka, secara teori, orang itu tidak perlu mengamalkan sutaka (pantang-larang) atau jasadnya tidak perlu dibakar selepas kematiannya. Oleh itu, mayat seorang Lingayat akan dikebumikan.
 
==== Pancacara atau Lima Disiplin ====
* Lingacara - Pemujaan harian Shivalinga yang diperolehi semasa upacara Diksha.
* Sadacara - Mencari rezeki yang halal dan membantu orang-orang miskin, kafir, dan rahib-rahib perantau, '
* Sivacara - Melayan para Lingayat sama seperti Shiva.
* Bhrtyacara - Sentiasa rendah diri pada Shiva dan para penganut-Nya.
* Ganacara - Menjaga agama dengan penuh berhati-hati, menentang sebarang penghinaan terhadap agama dan Tuhan seseorang dan menentang penderaan haiwan.
 
==== Astavarana atau Lapan Penutup ====
* Guru - Kepercayaan dan hormat pada guru rohani.
* Linga - Menjaga, menyayangi dan menghormati Linga
* Jangama - Menghormati dan berkhidmat pada golongan yogi dan rahib perantau.
* Padodaka - Menyucikan diri dengan meminum atau merenjiskan badan dengan air yang telah digunakan untuk mencuci kaki guru rohani atau jangama.
* Prasada - Menerima makanan yang disucikan dalam upacara sembahyang.
* Bhasma - Memakai abu suci pada dahi atau bahagian-bahagian lain badan.
* Rudraksha - Menggunakan kalungan rudraksha semasa Japa dan juga memakainya.
* Mantra - Mengulangi mantera Namassivaya seperti yang diajar oleh guru rohani.
 
=== Doktrin Sakti Visistadvaita ===
Sama seperti falsafah Visistadvaita [[Ramanujacharya|Ramanuja]] (1017-1137 Masihi), mazhab Vira Shaivisme juga menerima falsafah Visistadvaita, meskipun ianya sedikit berlainan.
 
Dalam sistem Ramanuja, Brahman adalah Advaita (satu tanpa yang dua), tetapi dibataskan (visista), disebabkan Prakrti (acit) dan Jiva (cit) wujud dalam Brahman sebagai entiti-entiti yang tidak boleh dipisahkan.
 
Sebaliknya, dalam Vira Shaivisme, batasan (visista) hanya terhad pada Sakti atau kuasa Brahman, yang membantu dalam proses ciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan.
 
Brahman (Tuhan) dan Sakti-Nya tidak berbeza, sama seperti bahang tidak berbeza daripada api. Brahman juga sentiasa sedar akan kuasa-Nya. Maka, di sini visistatva bermaksud hanya vimarsa atau kesedaran-diri tentang kuasa semulajadi. Oleh itu, sistem ini mendapat nama Sakti Visistadvaita.