Vaishnavisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 1:
Vaishnavisme adalah suatu mazhab agama [[Hinduisme|Hindu]] yang menyembah [[Maha Vishnu]] sebagai Tuhan Maha Esa. Sistem ini juga dikenali sebagai [[Bhagavatamata]]. Proses penyusunan agama Vaishnavisme ini secara sistematik nampaknya bermula dengan bahagian Narayaniya dalam epik [[Mahabharata]] (Santi Parva, Bab-bab 334-351). Sumber-sumber asal lain ialah [[Bhagavad Gita]], [[Vishnu Purana]], [[Bhagavata]], Pancaratra, Vaikhanasa Agamas serta Narada Bhakti Sutras dan Sandilya Bhakti Sutra.
 
Suatu perkembangan penting dalam evolusi Vaishnavisme perlu diberikan perhatian. Meskipun [[Sri Krishna]] disenaraikan sebagai Avatara kesembilan Dasavatara (Sepuluh Avatara [[Maha Vishnu]]), secara beransur-ansur, [[Sri Krishna]] telah mendahului semua Avatara lain dan menjadi sama dengan Vishnu-Narayana. Maka, Dasavatara juga disebut sebagai Avatara [[Sri Krishna]]. Demikian, kultus [[Sri Krishna]] bersatu dengan Bhagavatamata. Oleh kerana, [[Sri Krishna]] atau Krishna-Vasudeva berasal daripada puak Satvata dalam bangsa Yadu, agama ini juga dikenali sebagai [[Satvatamata]].
 
== Pelbagai Sub-Mazhab Vaishnavisme ==
Struktur asas Vaishnavisme seperti yang didedahkan dalam beberapa sumber awal seperti Narayaniya ialah bahawa Vishnu-Narayana sebagai Tuhan Maha Esa dan bahawa Bhakti pada-Nya adalah jalan utama untuk mencapai Moksha atau kebebasan muktamad. Namun, perbezaan dalam mengutarakan idea-idea ini oleh guru-guru berlainan, telah melahirkan pelbagai sub-mazhab dan kultus dalam Vaishnavisme. Beberapa sub-mazhab ini yang utama boleh dikelaskan seperti berikut.
 
=== Alvar ===
(artikel utama: [[Sri Vaishnavisme]])
 
Golongan Alvar merupakan guru-guru Vaishnava yang paling awal. Mereka berasal dari Tamil Nadu, India dan hidup antara kurun ke-2 hingga kurun ke-8 Masihi. Guru-guru mistikal ini terdiri daripada pelbagai kasta termasuk seorang wanita ([[Ānḍāḷ|Andal]]).
 
Ajaran Alvar ialah bahawa Vishnu-Narayana ialah Tuhan Maha Esa dan Bhakti pada-Nya adalah jalan untuk mencapai Moksha.
 
Mereka menerima Avatara atau Jelmaan Tuhan Vishnu seperti [[Rama|Sri Ramachandra]] dan [[Sri Krishna]]. Mereka juga memberikan keutamaan kepada pemujaan ritual atau arca dengan kepercayaan kuat bahawa Tuhan menjelma dengan rupa halus dalam arca semasa pemujaan dan sembahyang.
 
=== Ramanujacharya ===