Atharva Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 24:
== Rumusan Kandungan ==
 
=== Bhaisajya SuktaSūkta ===
Sukta-sukta ini adalah mengenai kesihatan dan ilmu perubatan. Pelbagai penyakit, punca-punca penyakit dan juga rawatannya diberikan di sini. Oleh itu, Atharva Veda juga dianggap sebagai pelopor sains Ayurveda (sains kesihatan). Kadang-kadang, Ayurveda juga disenaraikan sebagai suatu Upaveda atau subsidiari Atharva Veda.
 
Baris 31:
Selain penyediaan ubat dan remedi untuk sesuatu penyakit, mantera-mantera dan jampi untuk penyembuhan juga diberikan.
 
=== AyusyaĀyusya SuktaSūkta ===
Sukta-sukta ini mengandungi ayat-ayat suci untuk mendoakan usia yang panjang. Ayat-ayat suci ini hendaklah diucapkan semasa beberapa upacara seperti caulam (mencukur rambut pertama), upanayana (pemakaian benang suci), godana (menghadiahkan lembu) dan sebagainya.
 
Terdapat beberapa Ayat-ayat suci yang meluahkan hasrat untuk hidup selama 100 tahun.
 
Pemakaian '''<nowiki/>'Raksha Sutra'''' ('benang perlindungan') juga disarankan untuk usia yang panjang.
 
=== PaustikaPauṣṭika SuktaSūkta ===
Pusti bermaksud kemajuan dan kesejahteraan duniawi. Sukta-sukta ini amnya mengandungi doa-doa untuk mendapatan rahmat dewa-dewi seperti Marut dan Parjanya demi mendapatkan hujan yang secukupnya, hasil bumi yang baik, dan juga untuk kerja pembinaan rumah, kejayaan aktiviti pertanian atau perniagaan. Ritual-ritual yang bertujuan untuk kebaikan dinamakan sebagai ''''suklendrajāla'''.'
 
=== Ābhicārika Sūkta ===
Sukta-sukta ini adalah bertujuan untuk menghapuskan atau mencederakan musuh -musuh yang menghalang kemajuan atau mengancam diri dan harta benda seseorang. Dengan memuaskan dewa-dewi atau sesuatu roh halus, seseorang boleh memenuhi hasratnya. Kaedah ini dinamakan sebagai 'yatu' atau 'krtya'. Perkataan '<nowiki/>'''kṛṣṇendrajāla'''' digunakan untuk merujuk kepada ritual ilmu sihir yang digunakan di sini.
 
Antara ilmu-ilmu sihir yang diberikan ialah seperti untuk menghapuskan kekasih pasangan seseorang, menghapuskan roh-roh jahat, memukau orang lain untuk memenuhi sesuatu, dan sebagainya.
 
=== Prayascitta Sūkta ===
Ini ialah ritual-ritual untuk menawar kesan negatif akibat kegagalan melakukan atau melakukan sesuatu upacara agama dengan cara yang salah. Petanda-petanda buruk dan ritual untuk menentangnya juga diberikan.
 
=== Strikarma Sūkta ===
Ini ialah sukta-sukta mengenai upacara perkahwinan, cinta dan subjek-subjek berkaitan. Ritual untuk mendapatkan kembali cinta juga diberikan di sini.
 
=== Rajakarma Sūkta ===
Sukta-sukta ini adalah berkaitan sistem politik pada masa lampau Doa-doa untuk kemenangan dalam peperangan dan ayat-ayat suci yang meluahkan cinta kepada ibu pertiwi juga diberikan di sini.
 
=== Brahmanya Sūkta ===
Sukta-sukta ini menghuraikan tentang sifat-sifat [[Brahman]], Tuhan Yang Mutlak. Idea-idea falsafah yang diberikan di sini membentuk suatu kaitan dengan idea-idea dalam [[Rig Veda]] dan [[Upanishad-Upanishad|Upanishad]]..
 
Nama-nama [[Brahman]] atau Tuhan yang diberikan di sini adalah agak unik seperti '''Kāla, Skambha, Ucchiṣṭa,''' dan '''Vrātya.''' [[Brahman]] adalah raja segala ciptaan. Alam semesta ini telah lahir dari-Nya kerana itu adalah niat-Nya (''Atharva Veda 19.53.8'').
 
Matahari adalah simbol kuasa-Nya dan ia dinamakan ''''Rohita''',' 'Si Merah'. Matahari disamakan dengan Tuhan sendiri.
 
{{Hindu-stub}}