Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 94:
 
== Atharva Veda ==
(Artikel Utama: [[Atharva Veda]])
 
Veda keempat ialah [[Atharvaveda|Atharva Veda]]. Ia juga dikenali sebagai ''Atharvana Veda, Atharvangirasa, Angirasa, Bhrgvangirasa, Bhrigu Vistara, Brahma Veda,, Bhaisajya Veda, dan Ksattra Veda.''<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.1, ms.198, Ramakrishna Math, Bangalore, 2008</ref>
 
Perkataan 'Atharvan' mungkin berasal daripada 'athar' iaitu api, dan mungkin bermaksud, 'sami api'. Maka, Atharvan mungkin nama seorang Rishi purba yang 'membawa api dari syurga' dan memulakan upacara ritual korban di bumi. Kemungkinan, rishi-rishi daripada puak Atharvan, Angiras, Bhrigu, Atharvangirasa, dan Brahman adalah rishi-rishi yang mula-mula mendengar Veda ini. Maka, ia mendapat nama-nama lain sempena nama rishi-rishi itu.<ref>Swami Harshananda, ibid</ref>
 
=== Keunikan Atharva Veda ===
Atharva Veda mempunyai beberapa keunikan yang membezakannya dengan Veda-Veda lain, terutamanya Rig Veda.<ref>Swami Harshananda, ms.198</ref>
 
Veda ini lebih menumpukan kepada kehidupan di sini dan sekarang, berbanding kehidupan akan datang atau selepas kematian. Oleh itu, upacara ritual dalam Veda ini kebanyakannyaa adalah untuk mencapai hasrat kehidupan duniawi. Sebahagian besar Veda ini menyentuh tentang penyakit dan penawarnya, ritual untuk memanjangkan usia, ritual untuk memenuhi sesuatu hasrat atau keinginan, seni pembinaan, perdagangan, perniagaan, pentadbiran negara, ritual-ritual untuk menebus dosa, ilmu sihir, dan sebagainya.
 
Gaya sasteranya juga agak canggih berbanding tiga Veda yang lain. Maka, beberapa orang sarjana berpendapat bahawa Veda ini tidak diterima dalam kelompok Veda kerana menganggapnya sebagai sesuatu untuk 'orang ramai'. Namun, kepopularan Veda ini akhirnya telah memaksa pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menerimanya sebagai Veda keempat dan memberikan sami-saminya kedudukan tinggi dalam upacara korban.
 
Atas alasan yang sama, Veda ini juga dianggap sebagai lebih muda berbanding Veda-Veda lain. Misalnya, C.V.Vaidya,<ref>C.V.Vaidya, ''Histroy of Vedic Literature'', p.156</ref> seorang cendikiawan moden memberikanya tarikh antara 3000 hingga 2500 S.M. Namun, kronologi Veda adalah bidang yang amat sukar dan tidak mudah untuk menetapkan sesuatu tarikh yang tepat.
 
Atharva Veda, secara umumnya, mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri
 
== Rujukan==