Sama Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Samaveda''' ([[Sanskrit]]: सामवेद, ''sāmaveda'', dari ''sāman'' "lagu" dan ''veda'' "ilmu"), adalah sebuah teks klasik [[Sanskrit]] yang menjadi sebahagian kitab-kitab suci [[Hinduisme]]. Ia merupakan [[Veda]] ketiga yang diturunkan oleh [[Veda Vyasa]] kepada Jaimini.
 
Secara etimologi, perkataan 'Sāma' bermaksud 'sesuatu yang menghapuskan duka dengan kemerduannya; sebuah lagu'. 'Sa' bermaksud rk, iaitu satu mantra [[Rig Veda]], 'Ama' pula bermaksud pelbagai jenis nota muzik. Maka, satu 'Saman' adalah satu mantra Rig Veda Samhita yang disusun menurut sistem Saptasvara (tujuh nota asas muzik India) . Semua mantra-mantra [[Rig Veda|Rig Veda,]] yang berguna untuk sami-sami Udgatr, telah dikumpul dalam Sama Veda untuk dinyanyikan di tempat-tempat yang sesuai semasa upacara pemujaan.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3, ms.533, Ramakrishna Math, Bangalore, 2008</ref>
 
Sāma Veda telah disanjung tinggi dalam Veda-Veda lain.<ref>Rig Veda 1.107.2; 2.43.2</ref><ref>Atharva Veda 2.7.24; 7.54.1; 10.7.20</ref> [[Sri Krishna]], ketika menghuraikan tentang diri-Nya dalam [[Bhagavad Gita]] berkata, 'Dalam kalangan Veda, Aku adalah Sāma Veda'.<ref>Bhagavad Gita (10.22)</ref>
 
[[Brihadaranyaka Upanishad]] memberikan definisi Sāma sebagai suatu rk (ayat suci Rig Veda) yang disetalakan mengikut pelbagai tiun muzik. Maka, Sāma ialah ayat-ayat suci [[Rig Veda]] yang telah disetalakan dengan tuin muzik seperti yang dinyatakan oleh karya-karya khas seperti [[Naradiyasiksha]].
 
Walau bagaimanapun, rk yang sama boleh dinyanyikan dalam pelbagai tuin berbeza, dan menghasilkan Sama yang berbeza. Maka, Sama begini boleh berjumlah daripada satu hingga lapan belas! Menurut suatu kiraan, terdapat 1875 rk dan 2639 sāma dalam teks Sāma Veda yang wujud pada masa ini.<ref>Swami Harshananda, ms.165</ref>
Baris 22:
Hanya satu Aranyaka sahaja masih wujud dalam Veda ini iaitu Talavakara atau Jaiminiya Aranyaka.
 
Sama Veda juga mengandungi dua [[Upanishad]] yang popular iaitu [[Chandogya Upanishad]] dan [[Kena Upanishad]].