Bahasa Melayu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
Bahasa Melayu Perak dituturkan di seluruh negeri kecuali di bahagian barat laut Perak ([[Kerian]], [[Larut, Matang dan Selama]]), dan beberapa bahagian di daerah [[Manjung]] termasuk [[Pulau Pangkor]] yang mana [[Bahasa Melayu Kedah|dialek utara]] dituturkan secara dominan.
 
Di bahagian timur laut negeri Perak ([[Hulu Perak]]) dan beberapa kawasan di daerah Selama dan Kerian, orang-orang Melayu secara asalnya bertutur dalam varian bahasa melayuMelayu yang agak berbeza dan sangat berkait rapat dengan [[Bahasa Melayu Kelantan|Bahasa Melayu Kelantan-Pattani]] disebabkan faktor-faktor seperti sempadan geografi dan asimilasi sejarahbersejarah. Varian ini kadang-kadang diklasifikasikan sebagai sub-dialek [[Bahasa Yawi]]. Daerah Hulu Perak pernah diperintah oleh Kesultanan Reman. Kawasan [[Reman]] secara sejarahnya merupakan sebahagian daripada jajahan [[Pattani (kawasan)|Patani]] (yang kini merupakan wilayah di [[selatan Thailand]]) sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1810 dari [[Kerajaan Patani]] melalui pemberontakan Keluarga Diraja.
 
Manakala di bahagian [[Perak Selatan|selatan]] negeri Perak ([[Hilir Perak]] dan [[Batang Padang]]) dan juga di daerah [[Kampar]] dan [[Kinta]] dan beberapa kawasan di daerah Manjung, dialekdialeknya yang banyaklebih dipengaruhi oleh dialek Melayu selatan semenanjung seperti dialek [[Selangor]], [[Melaka]] dan [[Johor]]-[[Riau]] serta bahasa-bahasa dari kepulauan Indonesia iaitu bahasa [[bahasa Jawa|Jawa]], [[bahasa Banjar|Banjar]], Rawa, [[bahasa Mandailing|Mandailing]] dan [[bahasa Bugis|Bugis]] akibat imigrasipenghijrahan bersejarah, [[perang saudara]] seperti [[Perang Kelang]] danserta faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan.
 
Sungguhpun terdapat banyak dialek bahasa Melayu di negeri Perak, semua ahli kaji dialek bahasa Melayu pada dasarnya bersetuju bahawa bahasa Melayu Perak dituturkan oleh orang-orang [[etnik Melayu|Melayu]] asli yang secara tradisinya telah lama menetap di sepanjang lembah [[Sungai Perak]] dan kawasan sekitarnya kecuali penduduk yang berada di kawasan [[sungai|hulu sungai]] Perak.<ref name="auto2">{{harvnb|Zaharani|1991}}</ref><ref name="auto1"/> Dari segi sejarah, secaramemang tradisinya,adat bagi para [[petani]] Melayu di negeri Perak memang kebanyakannya menetap di sepanjang lembah sungai.<ref>{{harvnb|McNair|1972}}</ref> Kediaman Diraja juga telah dibina di pelbagai tempat di sepanjang [[lembangan saliran|lembangan sungai]].<ref>{{harvnb|Andaya|1979|}}</ref>
 
==Ciri-ciri==