Muhyiddin Yassin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rxy (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.134.191.167 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 120.140.23.83
Baris 1:
{{Infobox_officeholder
| honorific-prefix = <small>[[Darjah kebesaran Melayu|Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri]]<small/> <br>
| name = Muhyiddin Haji Yassin
| image = MuhyiddinUS.jpg
| width =
| height = 150px
| caption =
| birth_date = {{birth date and age|1947|05|15|df=y}}
| birth_place = {{flagicon|Johor}} [[Muar]], [[Johor]]
| residence =
| death_date =
| death_place =
| office = [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] ke-10
| term_start = [[9 April]] [[2009]]
| term_end = [[29 Julai]] [[2015]]
| predecessor = [[Mohd Najib bin Abdul Razak]]
| successor = [[Ahmad Zahid Hamidi]]
| office2 = [[Kementerian Pendidikan Malaysia|Menteri Pendidikan I]]
| term_start2 = [[9 April]] [[2009]]
| term_end2 = [[29 Julai]] [[2015]]
| predecessor2 = [[Hishammuddin Hussein]]
| successor2 =
| office3 = [[Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia|Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]]
| term_start3 = 2004
| term_end3 = 2008
| predecessor3 =
| successor3 = [[Noh Omar]]
| office4 = [[Menteri Besar Johor]]
| term_start4 = 1982
| term_end4 = 1995
| predecessor4 = Abdul Ajib Ahmad
| successor4 = Abdul Ghani Othman
| constituency_MP5 = P143 [[Pagoh]], [[Johor]]
| term_start5 = [[1978]]
| term_end5 =
| majority5 =
| predecessor5 =
| successor5 =
| party = [[Imej:BN-100px.jpg|border|25px|]] [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]]
| religion = [[Islam]]
| occupation = {{flagicon|Malaysia}} [[Dewan Rakyat|Ahli Parlimen]]
| relations =
| spouse = Norainee Abdul Rahman
| children = 4
| website =
| footnotes =
}}
'''Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin''' <ref>[http://www.pmo.gov.my/tpm/?frontpage/content/2096/2097 KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTER! SITUASI SEMASA PANDEMIK (H1N1) 2009 DAN TINDAKAN MITIGASI KERAJAAN MALAYSIA, 4 Ogos 2009]</ref>(lahir [[15 Mei]] [[1947]]), merupakan mantan [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] Malaysia dan Timbalan Presiden [[UMNO]] . Beliau juga merupakan bekas [[Johor#Senarai Menteri Besar Johor|Menteri Besar Johor]], Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan [[Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia|Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri]].
 
{{TOCleft}}
 
== Kehidupan awal ==
Beliau berasal dari [[Muar]], [[Johor]] dan mendapat pendidikan awal di [[Sekolah Kebangsaan Maharani]] dan [[Sekolah Kebangsaan Ismail]] serta [[Sekolah Tinggi Muar]] di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke [[Universiti Malaya]] dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).
 
== Keluarga ==
Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada [[1972]]. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa ([[Najwa Mahiaddin]]) dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.
 
Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,Allahyarhamah Hajjah Kintan. Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal se kampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.
 
Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Mesjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Malah yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengjaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama. Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Mohd. Yassin yang mengajar di Sek. Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar Mohd. Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar dan Masjid Jamik Parit Kadzi Muar.
Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Men. Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 70an dulu.
 
Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab. Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Yassin,anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Muhammad Yassin. Di surau inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis tahlil allahyarham Hj. Muhammad Yassin dan majlis berbuka puasa Ramadhan bersama keluarga.
 
Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor.
 
Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar di masjid Jamik Sri Menanti, Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang, Masjid Sungei Mati dan Masjid Bukit Kangkar Muar.
 
Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan abang beliau Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.
 
Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim. Sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Bangunan Umno Pagoh.
 
== Kerjaya ==
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ([[1970]]) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah [[Muar]] ([[1974]]). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun [[1974]] hingga tahun [[1978]], Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.
 
== Politik ==
Beliau kini mengetuai [[UMNO]] Bahagian [[Pagoh]] iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April [[1985]] lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun [[1976]]. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ([[1982]]). Pada tahun [[1985]], buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato' Muhyiddin dipilih menjadi Ahli [[Majlis Tertinggi UMNO]]. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehingga 2008.Beliau kemudiannya diundi menjadi Timbalan Presiden UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd.
 
== Jawatan kerajaan ==
Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun [[1978]]. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun [[1982]] telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi [[Dewan Undangan Negeri]] kawasan [[Bukit Serampang]]. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.
 
Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen [[Kementerian Luar Negeri Malaysia]] pada tahun [[1981]], Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun [[1982]] dan [[Kementerian Belia dan Sukan Malaysia|Menteri Belia dan Sukan]] selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei [[1995]]. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi [[Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia|Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna]] mulai bulan Disember [[1999]]. Pada bulan Januari [[2004]], beliau diberi kepercayaan mengetuai [[Kementerian Pertanian Malaysia|Kementerian Pertanian]] berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi [[Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia|Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]] yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.
 
Pada tanggal 9 April 2009, Dato Seri Mohd [[Najib Razak]] telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]], berikutan peralihan tampuk kuasa [[Perdana Menteri Malaysia]] dari Tun [[Abdullah Ahmad Badawi]] kepada Najib Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Sehingga tanggal 28 Julai 2015, Najib Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran kabinet kerajaan Persekutuan dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr [[Ahmad Zahid Hamidi]].<ref>Harian, W. (2015). ''Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib. Sinarharian.com.my.'' Dicapai pada 28 Julai 2015, dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/muhyiddin-digugurkan-dari-kabinet-najib-1.413765</ref>
 
Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung dengan persolan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia membekukan penerbitan dua akhabar media perniagaan alternatif di Malaysia "The Edge" kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh [[Kementerian Kewangan Malaysia]], [[1MDB]].<ref>{{en}}Ng, J. (2015). ''Malaysia’s Najib Razak Fires Deputy Prime Minister in 1MDB Rift.'' WSJ. Dicapai pada 12 Ogos 2015, from http://www.wsj.com/articles/malaysias-najib-razak-shakes-up-cabinet-amid-1mdb-investigation-1438065854</ref> Najib Razak mengatakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Kerajaan diperlukan walaupun satu tindakan yang sukar demi "pemantapan dan penyatuan".<ref>Ng, J. (2015). ''5 Things to Know About Probes of Malaysia’s 1MDB Fund.'' WSJ. Retrieved 2 August 2015, from http://blogs.wsj.com/briefly/2015/07/30/5-things-to-know-about-probes-of-malaysias-1mdb-fund/</ref>
 
== Aktiviti kemasyarakatan ==
Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua ''Royal Johor Country Club'' dan [[Persatuan Bola Sepak Negeri Johor]] ([[1986]]-[[1995]]) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun ([[1986]]-[[1996]]).
 
Datuk Seri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan Golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
 
Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.
 
Di dalam konteks sukan, Datuk Seri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity dengan kerjasama Kementerian Belia dan SUkan telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.
 
Tan Sri Muhyiddin juga merupakan pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen. Yayasan ini berperanan untuk
 
*Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
 
*Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
 
*Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, polotik dan sosial.
 
*Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
 
*Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.
 
Anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan ini dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm "Mencari tesis ilmiah terbaik", Utusan Online. 115 Ogos 2010.]</ref>
 
==Pilihan raya Malaysia 2008==
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]], Mahiaddin Bin Md Yasin bertanding menggunakan tiket [[Barisan Nasional]] . Beliau telah bertanding di kawasan [[parlimen]] [[Pagoh]] , negeri [[Johor]]. Mahiaddin Bin Md Yasin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21028.
 
Calon lawan ialah [[Mohamad Rozali Bin Jamil]] dari [[PAS]] mendapat 8,447 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 787.
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003|Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2004]]
 
== Rujukan ==
{{Reflist}}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.pmo.gov.my/tpm/ Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia]