Yajur Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ' Yajur Veda dikatakan telah wujud dari muka Brahma (Pencipta) yang menghadap selatan. Veda ini juga dikenali sebagai Adhvaryu Veda kerana peranan utamanya...'
 
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Terdapat dua bahagian utama Veda ini, yakni, Krishna Yajur Veda dan Sukla Yajur Veda. Lagenda popular mengenai pembahagian ini ialah:
 
Veda Vyasa telah memberikan Yajur Veda kepada Vaisampayana. Pada suatu ketika, Vaisampayana telah melakukan dosa brahmahatya (dosa membunuh seorang Brahmin) disebabkan suatu kesilapan teknikal yang serius. Oleh kerana, Vaisampayana ketika itu telah terlalu tua dan uzur, beliau meminta pengikut-pengikutnya untuk menebus dosa itu. Kitab suci Hindu membenarkan penebusan dosa melalui wakil. Yajnavalkya, seorang pengikutnya, mungkin disebabkan keangkuhan, menawarkan diri untuk menebus dosa itu seorang diri. Ini menyebabkan pengikut-pengikut lain tidak berpuas hati. Perbuatan Yajnavalkya menyebabkan kemarahan Vaisampayana. Maka, Vaisampayana mengarahkan Yajnavalkya untuk memulangkan semula Veda yang diajarnya dan keluar. Yajnavalkya, kemudian, 'memuntahkan' Veda itu dalam warna gelap atau hitam. Pengikut-pengikut lain, menjadi burung tittiri dan memakan muntahan itu. Oleh kerana, ia berwarna hitam, ia dikenali sebagai Krishna Yajur Veda (krishna=hitam/gelap). Oleh kerana, burung tittiri memakannya, ia juga mendapat nama Taittiriya Samhita.<ref> Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 (2008) ms106</ref>
 
Seterusnya, Yajnavalkya memuja Tuhan Surya dan mendapatkan suatu versi lain Veda yang sama. Surya mengambil rupa seekor kuda untuk mengajarnya. Oleh itu, bahagian Veda itu dikenali sebagai Sukla Yajur Veda (sukla=putih/terang) dan juga Vajasaneyi Samhita (vaji=kuda).<ref>ibid</ref>
 
Sememangnya, lagenda ini adalah sesuatu yang simbolik. Oleh itu, ia perlu difahami dengan betul. Suatu pemahaman yang rasional ialah: Yajnavalkya, sebagai pelajar yang paling bijak, telah mempelajari seluruh Yajur Veda. Selepas itu, dia terpaksa mengajarnya kepada pengikut-pengikut lain. Disebabkan sumpah gurunya, Vaisampayana, Yajnavalkya telah melupakan bahagian yang diajarnya kepada pengikut-pengikut lain. Maka, bagi mendapatkan kembali bahagian yang dilupakannya, Yajnavalkya terpaksa berusaha sendiri - dengan melakukan disipin rohani atau tapas dan berjaya. Dengan meditasi ke atas Tuhan Surya, dia mendapatkan semula Veda itu.<ref>ibid</ref>
 
Penjelasan lain ialah Tittiri ialah seorang guru utama Veda ini. Dia berasal daripada tradisi guru-guru Veda Vyasa dan Vaisampayana. Maka, Veda ini mendapat nama Taittiriya Samhita. Yajnavalkya merupakan anak 'Vajaseni' (seorang dermawan yang terkenal akan sedekah vajas atau makanan) Devarata, maka Vedanya dikenali sebagai Vajasaneyi Samhita.<ref>ibid</ref>
 
Biasanya, suatu Vedik Samhita mengandungi hanya komposisi secara metre. Sebaliknya, Brahmanas adalah dalam bentuk prosa, Oleh kerana Veda yang diajar oleh Vaisampayana mengandungi campuran kedua-dua ini, ia dianggap pelik. Maka, mungkin itulah sebabnya ia dinamakan sebagai Krishna (hitam, tidak tulen). Veda yang lain, yang hanya mengandungi komposisi secara metre pula mendapat nama Sukla (putih/tulen).<ref>ibid</ref>
 
Menurut beberapa sarjana Veda, Krishna Yajur Veda ialah bahagian yang lebih purba.