Yajur Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 3:
 
Terdapat dua bahagian utama [[Veda]] ini, yakni, Krishna Yajur Veda dan Sukla Yajur Veda.
 
[[Krishna Yajur Veda]] dikatakan mempunyai 85 Sakha atau cabangan, tetapi hanya empat yang masih wujud:
* '''Taittiriya Samhita''' - Ia lebih popular di India Selatan, mempunyai 7 kanda atau buku, 44 prapathaka atau bab, dan 651 anuvaka atau mantra. Samhita memberikan dengan terperinci upacara-upacara korban seperti Paurodasa, Yajamana, Vajapeya, Rajasuya, Darsapurnamasa dan pelbagai Somayaga.
* '''Maitrayaniya'''
* '''Katha''' - Sakha ini juga mengandungi Katha Upanishad, sebuah Upanishad yang amat popular.
* '''Kapisthala'''
Tiga Sakha yang lain adalah tidak begitu popular seperti Taittiriya Samhita walaupun subjek yang sama dikendalikan oleh Sakha tersebut.
 
Teks-teks lain yang berkaitan dengan Taittiriya Samhita ialah '''Taittiriya Brahmana, Taittiriya Aranyaka''', dan '''Taittiriya Upanishad.'''
 
[[Sukla Yajur Veda]] (juga dikenali sebagai [[Vajasaneyi Samhita]]) pula dikatakan mempunyai 17 Sakha atau cabangan. Namun, pada masa ini, hanya 2 yang masih wujud, iaitu:
* '''Kanva''' : Sakha ini lebih popular di India Selatan, mempunyai 40 adhyaya, 328 anuvaka atau seksyen, dan 2086 mantra.
* '''Madhyandina''' : Sakha yang popular di India Utara, mempunyai 40 adhyaya, 328 anuvaka, dan 1975 mantra.
 
== Pembahagian Yajur Veda ==