Sama Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 3:
 
Secara etimologi, perkataan 'Sāma' bermaksud 'sesuatu yang menghapuskan duka dengan kemerduannya; sebuah lagu'. 'Sa' bermaksud rk, iaitu satu mantra [[Rig Veda]], 'Ama' pula bermaksud pelbagai jenis nota muzik. Maka, satu 'Saman' adalah satu mantra Rig Veda Samhita yang disusun menurut sistem Saptasvara (tujuh nota asas muzik India) . Semua mantra-mantra [[Rig Veda|Rig Veda,]] yang berguna untuk sami-sami Udgatr, telah dikumpul dalam Sama Veda untuk dinyanyikan di tempat-tempat yang sesuai semasa upacara pemujaan.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3, ms.533, Ramakrishna Math, Bangalore, 2008</ref>
 
Berbeza dengan mantra dalam Veda-Veda lain, mantra dalam Sama Veda yang dinamakan Saman, telah disusun mengikut sistem Saptasvara (tujuh nota asas muzik India). Oleh itu, Sama Veda juga diangggap sebagai asas muzik klasik India.
 
Sāma Veda telah disanjung tinggi dalam Veda-Veda lain.<ref>Rig Veda 1.107.2; 2.43.2</ref><ref>Atharva Veda 2.7.24; 7.54.1; 10.7.20</ref> [[Sri Krishna]], ketika menghuraikan tentang diri-Nya dalam [[Bhagavad Gita]] berkata, 'Dalam kalangan Veda, Aku adalah Sāma Veda'.<ref>Bhagavad Gita (10.22)</ref>
Baris 12 ⟶ 14:
Sāma Veda dianggap sebagai asal-usul muzik tradisional India, meskipun sukar untuk menguasainya. Disebabkan kemerduan, nilai kesusasteraan yang unggul (sebagai suatu puisi yang hebat) serta idea-idea Bhakti atau cinta-Ilahi yang murni, Sāma Veda, sesungguhnya telah menjadi sebuah kitab suci Veda yang popular.
 
=== Klasifikasi ===
Meskipun dikatakan terdapat 1000 Sakha atau cabang-cabang Veda ini, namun, hanya tiga yang masih wujud iaitu Kauthuma, Ranayaniya, dan Jaiminiya.<ref>Swami Harshananda, ms.166</ref>
 
Baris 17 ⟶ 20:
* Arcika dengan 585 mantra atau ayat-ayat suci.
* Uttararcika dengan 964 mantra.
Berbeza dengan mantra dalam Veda-Veda lain, mantra dalam Sama Veda yang dinamakan Saman, telah disusun mengikut sistem Saptasvara (tujuh nota asas muzik India). Oleh itu, Sama Veda juga diangggap sebagai asas muzik klasik India.
 
Veda ini mempunyai sembilan Brahmana dan yang paling besar dan penting ialah Tandya Maha Brahmana.