Malcolm X: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 38:
Pada 1953, Malcolm meninggalkan kakak tirinya Ella di Boston untuk tinggal bersama dengan Elijah Muhammad di [[Chicago]]. Beliau kemudiaanya kembali ke [[Boston]] dan menjadi Ketua ''Minister'' Kuil Nombor 11 ''Nation of Islam''.
 
Kegiatannya yang aktif sebagai pemimpin di kuil tersebut telah membawanya untuk membuka lebih banyak kuil di seluruh [[negara]], dimana beliau seringkali menjadi ''Minister''. UcapannyaKhutbahnya yang memukau serta berinspirasi dan personalitinya yang bersih, menyebabkan beliau naik pangkat dengan cepat sekali. Akhirnya beliau telah menjadi orang nombor dua kepada pemimpin [[Nation of Islam]] iaitu [[Elijah Muhammad]].
 
Sewaktu Malcolm berusaha keras untuk [[gerakan]] ini, beliau kerap mendengar desas-desus mengenai [[skandal]] Elijah Muhammad dengan beberapa [[setiausaha|setiausahanya]]. [[Zina|Penzinaan]] adalah ditolak oleh ajaran Nation of Islam. Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tohmahan ini. Tetapi selepas disiasat beliau dapati terdapat kebenarannya. Malah Elijah Muhammad sendiri mengaku melakukan zina tetapi berkata ia adalah dibenarkan kerana dia adalah "Pesuruh Tuhan". Walaupun begitu, kepercayaan beliau kepada Elijah Muhammad tidak pernah goyah. Pada 1963, selepas pembunuhan Presiden [[John F. Kennedy]], Malcolm telah memberi satu khutbah. Selepas khutbah tersebut, beliau diminta memberi komen mengenai pembunuhan Kennedy. Beliau dengan sinis berkata ini adalah kes "ayam pulang ke reban." (''chickens coming home to roost'') -- keganasan yang Kennedy gagal tangani akhirnya telah "memakan dirinya sendiri". Komen ini telah mendapat reaksi yang hebat oleh rakyat [[Amerika Syarikat|Amerika]] yang rata-rata menyanjungi Presiden Kennedy dan Nation of Islam terpaksa mengumumkan hukuman terhadap Malcolm X. Akibatnya, beliau telah diharamkan untuk memberi khutbah selama enam bulan dan beliaupun mematuhi perintah ini.
 
Setahun kemudian, Malcolm mula berganding bahu dengan karyawan kulit hitam terkenal [[Alex Haley]] dalam penulisan buku "[[The Autobiography of Malcolm X]]". Beliau juga mengumumkan perpisahannya dengan Nation of Islam, dan menubuhkan gerakan yang lain iaitu [[Muslim Mosque, Inc.]] Namun, beliau tetap mengikutu ajaran Nation of Islam. Pada April tahun yang sama, beliau membuatucapannya yang terkenal iaitu Mengundi atau Peluru (''Ballot or Bullet'').
 
Pada waktu yang sama, Malcolm mula mendekati beberapa [[Islam|Islam orthodox]], yang mengalakkanya mendalami Islam yang sebenarnya. Beliau kemudian memeluk Islam orthodox, dan membuat keputusan untuk mengerjakan [[Haji]].
 
===Ibadah haji===