Vishnu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Patora99 (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14:
| Planet = [[Vaikuntha]]
}}
'''Vishnu''' ([[IAST]] {{IAST|viṣṇu}}, [[Devanagari]] {{Unicode|विष्णु}}), (hormatan: [[Sri]] Vishnu) atau juga dikenali sebagai '''[[Narayana]]''', merupakan [[Tuhan]] Tertinggi atau Kenyataan Akhir bagi [[VaishnavasVaishnavisme|Vaishnava]] dan satu manifestasi bagi [[Brahman]] dalam tradisi [[Advaita]] atau [[Smarta]] dalam [[agama Hindu]]. Agama yang
 
Dalam [[Trimurti]], Vishnu bersifat Sattva dan bertanggung jawab dalam pemeliharaan [[Alam semesta]], dengan peranan lain penciptaan dan pemusnahan masing-masing di bawah [[Brahma]] dan [[Shiva]].
 
Rupa Vishnu adalah bersifat [[Yoga]]. Rupa Vishnu berasaskan kepada prinsip Vedanta. Konsep Ananta atau Sesha-sayana yang menunjukkan Vishnu berbaring di atas ular besar adalah menakjubkan. Banyak kuil-kuil mempunyai rupa ini, contohnya kuil di Srirangam dan Trivandrum. Vishnu tidur di lautan susu yang mewakili tahap Turiya yang tenang, manis dan tanpa gangguan. Adisesha, ular besar yang menjadi katilnya, bermaksud kesedaran manusia. Dalam tradisi Yoga, ular ialah simbol Kundalini, Lingkaran Kuasa.
 
Vishnu bermaksud 'Seseorang yang meliputi segala-galanya.' Ini bermaksud Vishnu meliputi alam semesta dan Dia juga berada dalam segala-galanya. Maka, orang Hindu berkata, 'Tuhan berada di semua tempat'. Satu lagi nama Vishnu yang popular ialah Narayana yang bermaksud:
Baris 30:
 
== Simbologi Vishnu ==
Selepas kehancuran alam semesta dalam suatu kitaran lama dan sebelum kitaran ciptaan seterusnya bermula, Narayana, Tuhan yang Agung, tidur di atas katilnya, seekor ular besar bernama Sesa (juga dikenali sebagai Ananta), yang terapung di atas permukaan lautan Ksirasamudra ('Lautan Susu'). Salah satu kakinya berada di atas pangkuan isteri-Nya, Lakshmi yang sedang memicitnya dengan lembut. Apabila Narayana bermimpi tentang ciptaan berikutnya, sekuntum bunga teratai timbul dari pusatnya. Dewa [[Brahma]] duduk di atas teratai itu. Narayana bangun dari tidur dan mengarahkan Brahma untuk memulakan kerja ciptaan.
 
Ini ialah sebuah gambar yang penuh alegori. Lautan itu mencerminkan lautan penyebab yang menghasilkan kehidupan. Kshirasamudra, lautan susu mencerminkan Prakriti dalam bentuk sejatinya atau alam semulajadi yang asli, warna putih menggambarkan kesucian atau kesejatian.
Baris 41:
 
=== Sudarsana ===
Cakera Maha Vishnu dikenali sebagai Sudarsana ('sesuatu yang cantik rupanya'). Dalam jelmaan [[Sri Krishna]], dia sering menggunakan senjata ini.
 
Menurut beberapa [[Purana]] mazhab [[Saivisme]], Siva telah menghadiahkan cakera Sudarsana kepada Vishnu. Ini sebagai tanda menghargai iman Vishnu yang menyembah-Nya di Kasi.
 
Menurut ikonografi, Sudarsana dianggap sebagai Āyudhapurusha (penjelmaan dewa senjata itu) dan juga sebagai seorang Dewa. Sudarsana digambarkan sebagai sama seperti Vishnu tetapi dengan enam tangan. Di belakangnya terdapat suatu bentuk heksagon yang dikelilingi oleh bulatan api.
Baris 52:
Antara lapan belas Mahapurana, Vishnu Purana merupakan buku yang paling awal (antara 100 SM hingga 400 Masihi). Vishnu Purana juga memenuhi lima ciri-ciri umum sebuah purana seperti sarga (ciptaan), pratisarga (ciptaan pertengahan) dan sebagainya.
 
Walaupun Vishnu Purana dikatakan mengandungi sejumlah 23,000 ayat-ayat, kini hanya tinggal 6,400 ayat-ayat bercetak sahaja. Ayat-ayat ini diatur dalam 126 bab dan disusun dalam bentuk enam amsa atau Kitab.
 
Berbeza daripada purana-purana lain yang secara amnya bermula dengan cerita Suta Romaharsana, purana ini diceritakan oleh Parasara (bapa Vyasa dan cucu Vasishtha) kepada pengikutnya Maitreya.
 
=== Vishnu Sahasranama (Seribu Nama-Nama Vishnu) ===
Kebanyakan nama-nama Vishnu telah dikumpul dalam [[Vishnu Sahasranama]] (Seribu nama-nama Vishnu), sebuah karya [[Sanskrit]] yang popular dalam epik [[Mahabharata]] (Anusasanaparva 149.1-142). Bhishma melafazkan nama-nama ini bagi menjawab soalan Yudhisthira di medan pertempuran [[Kurukshetra]]. Menurut pengikut-pengikut mazhab [[Vaishnavisme]], Vishnu Sahasranama mengandungi intipati semua [[Veda]], dan bacaan ikhlas nama-nama ini akan membawa pahala dan meningkatkan kerohanian dan Bhakti seseorang.
 
=== Vishnu Sukta ===
Kitab [[Veda]] mengandungi ayat-ayat suci yang dikenali sebagai Sukta untuk beberapa orang dewa. Vishnu Sukta merupakan satu sukta yang popular untuk Dewa Vishnu. Terdapat dua versi ini iaitu, satu dalam Rigveda[[Rig Veda]] dan satu lagi dalam Taittiriya Samhita. Sukta dalam Rigveda[[Rig Veda]] mengandungi 45 rks atau mantera suci. Mantera-mantera ini dinyanyikan semasa upacara Yagna (korban) atau semasa Japa (mengulangi mantera secara sistematik). Contohnya, jika mantera 'tad vipraso...' (Rigveda 1.22.21) diulangi 100 kali setiap hari, orang yang mengulanginya akan mengingati Mahavishnu pada saat kematiannya.
 
== Pautan luar ==