Brahma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
Maka, Brahma merupakan sumber, benih segala-galanya. Brahma menjadi sumber yang melahirkan ruang, masa, sebab-akibat, nama dan rupa. Secara falsafah, Brahma merupakan tahap pertama penjelmaan idea keindividuan atau ego (ahankara). Secara teologi, Brahma adalah Pencipta yang tidak dicipta (Svayambhu), Manusia Pertama.
 
== Nama-nama lain Brahma ==
Hiranyagarbha - Dari segi kosmologi, Brahma adalah Embrio Emas (Hiranyagarbha), iaitu bebola api yang melahirkan alam semesta ini.
 
Prajapati - Brahma dikenali sebagai Prajapati kerana semua mahkluk adalah anak-anaknya.
 
Pitamaha - Brahma adalah Patriak
 
Brahma juga dikenali sebagai Vidhi (takdir), Lokesa (Raja dunia), dan Dhatr (pelindung). Sebagai arkitek alam semesta ini, Brahma juga dikenali sebagai Viswakarma.
 
Menurut mitologi Hindum Brahma lahir daripada sekuntum teratai yang berasal dari pusat Maha Vishnu. Maka, Brahma juga mendapat nama Nabhija (yang lahir daripada pusat) dan Kanja (yang lahir di air).
 
Nama 'Narayana' ('seseorang yang berada di lautan' atau 'kediaman manusia') pada asalnya digunakan untuk Brahma dan hanya kemudian untuk Maha Vishnu.
 
== Lihat juga ==