Perbezaan antara semakan "Sandakan"

16 bait dibuang ,  5 tahun lalu
(image version without wire lines)
 
==Sejarah سجاره==
Ketika awal [[1870-an]], pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan [[Sultan Sulu]] yang turut memerintah kawasan yang kini merupakan [[Filipina]] selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh [[William Clarke Cowie]], seorang penyeludup senjata api berbangsa [[Scotland]] dari [[Glasgow]] yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya sebagai "Sandakan", iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampong German" kerana kehadiran sebilangan besar orang [[Jerman]] yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari [[Konsulat jeneral|konsul]] [[Austria-Hungary]] [[Baron von Overbeck]] daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, [[Alfred Dent]], Kampong German teranap pada 15 Jun [[1879]]. [[Residen British]] yang baru, [[William B. Pryer]], memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu "Elopura", yang bermaksud ''Bandar yang Indah''. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke "Sandakan". Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan. Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat BajauCina, MelayuSungai, Kadazan DusunSuluk, Orang SungaiBajau, Bugis, SulukKadazandusun dan lain-lain.
 
Pada tahun [[1883]], pusat pentadbiran [[Syarikat Borneo Utara Inggeris]] dipindahkan dari [[Kudat]] ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan [[jutawan]] terbesar di seluruh dunia.
21

suntingan