Ramayana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 98:
 
== Pengaruh Ramayana ==
Tidak ada karya lain yang telah mempengaruhi segala aspek kehidupan penduduk India seperti Ramayana. <blockquote>"Rama, idola purba dari zaman kepahlawanan, jelmaan kebenaran dan moral, anak yang ideal, suami yang ideal, bapa yang ideal, dan terutamanya, raja yang ideal. Valmiki, telah memperkenalkan kita Rama ini. Tidak ada bahasa yang lebih tulen, lebih suci, atau lebih indah dan pada masa yang sama lebih ringkas daripada bahasa yang digunakan oleh penyair agung itu (Valmiki) yang menceritakan kisah hidup Rama. Dan apakah yang hendak dikatakan tentang Sita? Kamu boleh mencari dalam semua kesusasteraan dunia pada masa lampau, dan saya boleh memberi kepastian, kamu juga perlu menghabiskan semua kesusasteraan dunia pada masa akan datang, sebelum kamu boleh bertemu dengan seorang Sita yang lain. Sita adalah unik. Watak itu telah dipaparkan habis-habisan. Mungkin terdapat beberapa orang Rama. Tetapi, tidak pernah ada lebih daripada seorang Sita! Dia adalah wanita India sejati, kerana semua idea-idea tentang seorang wanita yang sempurna telah lahir daripada kehidupan Sita. Selama beribu-ribu tahun, Sita masih menjadi pujaan setiap lelaki, perempuan, dan kanak-kanak di seluruh bumi Aryavarta. Sita yang menakjubkan akan ada selama-lamanya. Sita adalah jelmaan kesucian, kesabaran, dan kesengsaraan. Dia mengharungi kehidupan yang penuh penderitaan tanpa sedikit pun rungutan. Dia adalah isteri yang tetap suci, tetap tulen, idola masyarakat, dan idola dewa-dewi. Sita yang hebat akan sentiasa kekal sebagai Tuhan kebangsaan kita. Penjelasan panjang tidak perlu kerana kita semua mengenalinya dengan amat baik. Semua mitos kita mungkin akan lenyap, kemungkinan Veda juga akan hilang, dan bahasa Sanskrit kita mungkin akan hilang selama-lamanya. Namun, selagi lima orang Hindu masih berada di sini, yang mungkin bercakap dalam bahasa kasar sahaja, kisah Sita akan ada. Tengoklah: Sita telah menjadi asas bangsa kita. Dia berada dalam darah setiap lelaki dan perempuan Hindu. Kita adalah anak Sita."<ref>Swami Vivekananda, ''Lectures from Colombo to Almora'', ms. 177-178</ref><ref>http://prabhusrirama.blogspot.my/2016/05/1-pengenalan.html</ref>
 
<blockquote>
== Pengaruh Ramayana di Nusantara ==
Terdapat beberapa versi Ramayana dalam khazanah [[sastra Jawa]] dalam bentuk [[kakawin Ramayana]], dan gubahan-gubahannya dalam [[bahasa Jawa]] Baru yang tidak semua berdasarkan [[kakawin]] ini.