Ramayana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 6:
'''Ramayana''' yang asal ditulis oleh Valmiki.
 
== SEJARAH RAMA ==
Terdapat suatu perbezaan ketara antara konsep sejarah Barat dan Hindu. Dalam sejarah Barat, bukti untuk kejadian sesuatu perkara ialah tarikh atau masa, tempat atau lokasi kejadian itu berlaku adalah amat penting. Penemuan seketul batu, sebuah pasu atau sekeping duit syiling purba yang ditemui semasa menggali sesuatu tapak arkeologi adalah lebih tinggi nilainya sebagai 'keterangan'  atau 'bukti' sesuatu kewujudan atau kejadian berlaku. Oleh itu, sejarah Barat tidak memberi sebarang kepentingan sama ada sesuatu peristiwa telah meninggalkan kesan ke atas masyarakat masa depan. 
 
Sebaliknya, dalam sejarah Hindu, sesuatu kejadian atau perkara mesti meninggalkan kesan, sama ada baik atau buruk ke atas kehidupan dan kebudayaan generasi masa depan. Oleh itu, masyarakat Hindu tidak mengendahkan sama ada sesuatu perkara telah benar-benar berlaku atau seseorang benar-benar wujud.
 
Terdapat satu lagi perbezaan antara sejarah Barat dan Hindu. Dalam masyarakat Barat, masa dilihat sebagai suatu garisan linear yang mempunyai titik permulaan dan titik penamatan. Sebaliknya, masa dalam konteks Hindu ialah suatu kitaran, yang tidak permulaan atau penamatan. Itulah sebabnya dalam Hinduisme, masa dibahagikan kepada Yuga, Manvantara yang tidak terkira.
 
Atas sebab-sebab ini, ilmuwan Barat enggan menerima Rama sebagai seorang tokoh sejarah dan menganggap Ramayana sebagai suatu karya sastera yang penuh dengan mitologi.
 
Namun, kita tidak harus terburu-buru untuk membuat kesimpulan bahawa orang Hindu langsung tidak mengendahkan tentang sejarah dalam menghasilkan karya-karya mereka. Kedua-dua Ramayana dan Mahabharata dikelaskan sebagai 'Itihasa' ('maka, demikianlah berlaku') yang bermaksud, karya-karya ini adalah suatu penceritaan tentang sesuatu yang pernah berlaku dahulu. Malah, kedua-dua mahakarya ini juga penuh dengan data-data astronomi berhubung dengan peristiwa-peristiwa penting. Berdasarkan kepada kiraan astronomi, maka, suatu andaian boleh dicapai tentang tarikh atau masa sesuatu kejadian dalam mahakarya ini berlaku. Menurut suatu usaha begini, beberapa tarikh dalam Ramayana telah dihitung begini:(2) 
 
* Kelahiran Rama - 4439 S.M.
* Pembuangan negeri Rama - 4414 S.M.
* Rama menaiki tahkta Ayodhya - 4400 S.M.Menurut satu pendapat lain pula:(3) 
* Kelahiran Rama - 4342 S.M.
* Perkahwinan dengan Sita - 4327 S.M.
* Pembuangan negeri Rama - 4315 S.M.
* Rama menaiki tahkta Ayodhya - 4301 S.M.Namun, riwayat Rama telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan orang Hindu, dan ini tidak dapat diubah dengan sebarang sejarah.
== Ringkasan Cerita ==
Kisah epik ini sebenarnya sangat sederhana. Ada seorang putera, bernama [[Rama]] yang merupakan Jelmaan [[Maha Vishnu]] di [[bumi|dunia]]. Sebagai anak sulung, Rama berhak untuk menaiki tahkta kerajaan selepas ayahandanya, Dasaratha. Ketika persiapan sedang dibuat untuk upacara penabalan Rama sebagai putera mahkota, Dasaratha dipaksa oleh permaisurinya, Kaikeyi untuk menabalkan puteranya Bharata sebagai putera mahkota dan Rama dibuang negeri selama empat belas tahun.