Ramayana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 15:
Atas sebab-sebab ini, ilmuwan Barat enggan menerima Rama sebagai seorang tokoh sejarah dan menganggap Ramayana sebagai suatu karya sastera yang penuh dengan mitologi.
 
Namun, kita tidak harus terburu-buru untuk membuat kesimpulan bahawa orang Hindu langsung tidak mengendahkan tentang sejarah dalam menghasilkan karya-karya mereka. Kedua-dua Ramayana dan Mahabharata dikelaskan sebagai 'Itihasa' ('maka, demikianlah berlaku') yang bermaksud, karya-karya ini adalah suatu penceritaan tentang sesuatu yang pernah berlaku dahulu. Malah, kedua-dua mahakarya ini juga penuh dengan data-data astronomi berhubung dengan peristiwa-peristiwa penting. Berdasarkan kepada kiraan astronomi, maka, suatu andaian boleh dicapai tentang tarikh atau masa sesuatu kejadian dalam mahakarya ini berlaku. Menurut suatu usaha begini, beberapa tarikh dalam Ramayana telah dihitung begini:<ref>N.Mahalingam (2Ed.) , ''Ancient World - A New Look'', Madras, Pub. International Society for the Investigation of Ancient Civilizations, 1981 </ref>:
 
* Kelahiran Rama - 4439 S.M.
* Pembuangan negeri Rama - 4414 S.M.
* Rama menaiki tahkta Ayodhya - 4400 S.M.Menurut satu pendapat lain pula:(3) 
 
Menurut satu pendapat lain pula<ref> D.S.Triveda, ''Indian Chronology'', Bombay, Bharatiya Vidya Bhavan, 1963</ref>:
* Kelahiran Rama - 4342 S.M.
* Perkahwinan dengan Sita - 4327 S.M.
* Pembuangan negeri Rama - 4315 S.M.
* Rama menaiki tahkta Ayodhya - 4301 S.M.Namun, riwayat Rama telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam kehidupan orang Hindu, dan ini tidak dapat diubah dengan sebarang sejarah.
 
== Ringkasan Cerita ==
Kisah epik ini sebenarnya sangat sederhana. Ada seorang putera, bernama [[Rama]] yang merupakan Jelmaan [[Maha Vishnu]] di [[bumi|dunia]]. Sebagai anak sulung, Rama berhak untuk menaiki tahkta kerajaan selepas ayahandanya, Dasaratha. Ketika persiapan sedang dibuat untuk upacara penabalan Rama sebagai putera mahkota, Dasaratha dipaksa oleh permaisurinya, Kaikeyi untuk menabalkan puteranya Bharata sebagai putera mahkota dan Rama dibuang negeri selama empat belas tahun.