Ramayana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 54:
 
Tidak lama kemudian, Kausalya selamat melahirkan Rama, Sumitra melahirkan kembar Lakshmana dan Satrughna, dan Kaikeyi melahirkan Bharata. Seluruh Ayodhya meraikan kelahiran putera-putera ini. Sejak kecil, Lakshmana amat rapat dengan Rama. Satrughna pula sentiasa bersama Bharata.
[[Fail:Ravi Varma-Rama-breaking-bow.jpg|kanan|thumb|Lukisan Raja Ravi Varma memaparkan Rama mematahkan busur Shiva]]
 
Putera-putera Dasaratha mencapai usia remaja. Pada suatu hari, Rishi Viswamitra tiba di istana Dasaratha untuk memohon perlindungan. Dua orang raksasa, Maricha dan Subahu sering menganggu upacara korban yang dilakukan oleh Viswamitra. Putera-putera Rama dan Lakshmana mengikuti Viswamitra ke asramanya dan menumpaskan raksasa-raksasa itu. Viswamitra dapat menyempurnakan upacara korbannya. Dalam perjalanan pulang ke istana Ayodhya, mereka mempelajari pelbagai perkara daripada Rishi itu.
 
Baris 60:
 
==== Ayodhyakanda ====
[[Fail:Raja Ravi Varma, Jatayu vadha, 1906.jpg|thumb|Lukisan Raja Ravi Varma mengenai babak antara Jatayu dan Ravana]]
Beberapa tahun kemudian, Dasaratha memutuskan untuk menabalkan Rama sebagai Putera Mahkota. Seluruh kota Ayodhya menyambut khabar itu dengan penuh kegirangan. Namun, Manthara yang keji, tidak dapat menerima berita itu. Manthara meracuni fikiran Kaikeyi, permaisuri kegemaran Dasaratha. Bergantung kepada suatu janji yang diberikan oleh Dasaratha pada suatu ketika dahulu, Kaikeyi menuntut tahkta untuk putera baginda, Bharata. Kaikeyi juga menuntut agar Rama dibuang negeri selama empat belas tahun. Dasaratha, seorang yang sentiasa menepati janji baginda, tersekat dalam perangkap Kaikeyi. Semua rayuan baginda tidak dipedulikan oleh Kaikeyi.
 
Baris 88 ⟶ 89:
 
Semasa mencari Sita, putera-putera itu bertembung dengan Kabandha, seorang raksasa dan membunuhnya (dan dengan itu, membebaskannya daripada suatu sumpahan). Atas nasihat Kabandha, mereka bertemu dengan Sabari, seorang pertapa wanita. Sabari menasihatkan mereka untuk menuju ke bukit Rishyamuka dan berjumpa dengan seorang vanara bernama Sugriva.
[[Fail:Surpanaka ramayana.jpg|thumb|Surpanakha dihukum oleh Lakshmana]]
 
==== Kishkindhakanda ====
Baris 109 ⟶ 111:
 
Di Ayodhya, Rama ditabalkan sebagai Raja dan Sita sebagai Permaisuri. Pemerintahan Rama yang dikenali sebagai Ramarajya membawa keamanan dan kebahagiaan kepada semua penduduknya.
[[Fail:The death of Kumbhakarna - Ramayana, Yuddha Kanda (1652), f.87 - BL Add MS 15297.jpg|thumb|329x329px|Kematian Kumbhakarna]]
 
==== Uttarakanda ====