Buka menu utama

Perubahan

tiada ringkasan suntingan
Inter bermain di laman sendiri di Stadium [[San Siro]] (berkapasiti 80,018), atau dikenali sebagai ''Stadio Giuseppe Meazza''. Inter berkongsi stadium terbesar di Itali ini dengan pesaing utama, [[A.C. Milan]]. Perlawanan antara Inter dan Milan antara perlawanan dinanti-nantikan oleh penonton bukan sahaja di Itali, malah di seluruh dunia. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai [[Derby della Madonnina]].<ref>{{cite web|url=http://www.theroar.com.au/2010/01/26/is-this-the-greatest-derby-in-the-world/ |title=Is this the greatest derby in world sports? |publisher=Theroar.com.au |date=26 January 2010|accessdate=28 September 2011}}</ref> Sehingga 2010, Inter merupakan kelab kedua di Itali memiliki peminat teramai,<ref> name="ricerca2010">{{cite web |url=http://www.demos.it/2010/pdf/143320100924calcio.pdf|title=Italia, il paese nel pallone |work=demos.it |format=PDF |pages=3, 9–10 |date=24 September 2010|accessdate=20 July 2011|language=Italian}}</ref> dan keenam paling ramai peminat di Eropah. Inter salah satu kelab paling berharga di Itali dan di dunia bola sepak.<ref> name="Football Team Valuations">{{cite news |title=The World's Most Valuable Soccer Teams |url=http://www.forbes.com/pictures/mlm45eigjk/14-inter-milan/ |work=Forbes |date=17 April 2013|accessdate=13 July 2013}}</ref> Kelab juga merupakan salah satu pengasas [[G-14]], iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.
 
==Sejarah==
{{-}}
 
===Tahun awal penubuhan===
[[File:Inter 1º Scudetto 1909-10.jpg|thumb|210px|Pasukan ''Nerazzurri'' menjuarai kejuaraan liga pada tahun 1910, dua tahun selepas penubuhannya.]]
Inter ditubuhkan pada 9 Mac 1908 sebagai ''Football Club Internazionale'', berikutan perpecahan kelab Milan Cricket and Football Club (kini [[A.C. Milan]]). Nama kelab ini, ''Inter'' diperoleh daripada kehendak penubuh yang menerima pemain asing serta pemain Itali.
 
Kelab ini memenangi kejuaraan liga buat pertama kali pada tahun 1910 dan kali kedua pada 1920. Kapten dan jurulatih pasukan yang meraih kejuaraan pertama, [[Virgilio Fossati]] terbunuh ketika berkhidmat untuk tentera Itali dalam [[Perang Dunia Pertama]].
 
Pada tahun 1921, Inter hanya mampu mengumpul 11 mata dan berada di tangga tercorot. Inter berjaya mengelakkan penyingkiran dari Serie A apabila menang dalam dua perlawanan play-off. Pada tahun 1928 ketika era Fasis, Inter dipaksa menukar nama menjadi Società Sportiva Ambrosiana selepas bergabung dengan Unione Sportiva Milanese pada tahun 1928. Pasukan ini memakai jersi putih dan salib merah terpampang di bahagian tengah jersi. Reka bentuk jersi ini diinspirakikan oleh bendera dan lambang kota [[Milan]]. Pada tahun 1929, presiden kelab, Oreste Simonotti menukarkan nama kelab ini kepada ''Associazione Sportiva Ambrosiana''. Walau bagaimanapun, peminat tetap menyebuat pasukan ini sebagai ''Inter'' dan pada tahun 1931, presiden baru iaitu Pozzani mengubah nama kelab ini menjadi ''Associazione Sportiva Ambrosiana-Inter''.
 
Inter meraih gelaran pertama [[Coppa Italia]] (Piala Itali) pada musim 1938-39 ketika Inter mempunyai pemain ikonik ketika itu, [[Giuseppe Meazza]]. Inter tetap berjaya meraih kejuaraan liga yang kelima pada tahun 1940 walaupun Meazza bergelut dalam kecederaan. Selepas Perang Dunia Kedua, kelab ini akhirnya meletakkan nama asalnya kembali dan meraih kejuaraan ''scudetto'' pada tahun 1953 dan 1954.
 
===Grande Inter===
[[File:Moratti coppa campioni 1964.jpg|thumb|Presiden Inter, [[Angelo Moratti]] meraikan kejayaan [[Piala Eropah 1963-64|Piala Eropah]] bersama-sama pemain Inter, 1964.]]
Pada tahun 1960, [[Helenio Herrera]] menjadi pengurus baru Inter dari [[FC Barcelona|Barcelona]]. Beliau membawa pemain tengah dari Barcelona, [[Luis Suárez (pemain bola sepak, lahir 1935)|Luis Suárez]], yang memenangi anugerah [[Pemain Terbaik Eropah]] pada tahun yang sama oleh kerana peranannya ketika di Barcelona. Herrera kemudian membing Inter sehingga menjadi salah satu kelab gergasi Eropah. Beliau mengubah suai taktik 5-3-2 yang dikenali sebagai "''Verrou''" ("pintu selak") termasuk fleksibiliti yang besar bagi melakukan serangan balas. Sistem ''[[catenaccio]]'' telah diperkenalkan oleh seorang jurulatih dari Austria, [[Karl Rappan]]. Sistem asal Rappan dilaksanakan dengan empat pemain pertahanan, bermain secara sistem orang-ke-orang dan menambah seorang playmaker di tengah padang yang memainkan bola bersama dua pemain sayap. Herrera hanya menambah seorang pemain di bahagian pertahanan dan meletak ''sweeper'' dan ''libero'' di belakang posisi bek tengah. Sweeper dan libero berperanan sebagai pemain bebas untuk berhubung dengan mana-mana penyerang pasukan melalui bek tengah. Inter menamatkan kempen Serie A di tempat ketiga pada musim pertama, kedua dan ketiga Herrera sebagai pengurus. Kemudian, Inter meraih kejayaan [[Liga Juara-Juara UEFA|Piala Eropah]] pada 1964 dan 1965 dan seterusnya Herrera diberi gelaran "''il Mago''" ("Wizard").
 
Pada tahun 1964, Inter melangkah ke perlawanan akhir [[Piala Eropah 1963-64|Piala Eropah]] menentang [[Real Madrid C.F.|Real Madrid]], pasukan yang telah mencapai tujuh kemenangan daripada sembilan perlawanan akhir setakat ini. [[Sandro Mazzola]] menjaringkan dua gol untuk Inter dan akhirnya Inter menang 3-1. Selain itu, pasukan ini juga meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan [[Independiente de Avellaneda|Independiente]] pada kejohanan [[Piala Antara Benua (bola sepak)|Piala Antara Benua]]. Setahun kemudian, Inter mengulangi kejayaan setahun lalu apabila menewaskan juara dua kali [[S.L. Benfica|Benfica]] pada [[Piala Eropah 1964-65|perlawanan akhir]] Piala Eropah yang berlangsung di [[San Siro]] dan Inter sekali lagi menumbangkan Independiente pada kejuaraan Piala Antara Benua. Pada tahun 1967, Inter kehilangan dua pemain utama mereka akibat mengalami kecederaan iaitu Jair dan Suárez, lalu Inter tewas pada perlawanan akhir Piala Eropah menentang [[Celtic F.C.|Celtic]] 2-1. Pada tahun yang sama, kelab ini menukaran namanya kepada ''Football Club Internazionale Milano''.
 
===Turun naik===
Selepas zaman kegemilangan Inter pada era 1960an, Inter berjaya memenangi kejuaraan liga kali ke-11 pada tahun 1971 dan ke-12 pada tahun 1980. Inter tewas buat kali kedua pada perlawanan akhir Piala Eropah, kali ini tewas 2-0 kepada skuad [[AFC Ajax|Ajax]] selain terdapat pemain legenda, [[Johan Cruyff]] pada 1972. Pada era 1970an dan 1980an, Inter meraih dua kejuaraan Coppa Italia pada tahun 1978 dan 1982.
 
Gandingan duo Jerman [[Andreas Brehme]] dan [[Lothar Matthäus]] dan pemain Argentina, [[Ramón Díaz]] berjaya untuk membantu Inter meraih ''scudetto'' pada tahun 1989. Kedatangan seorang lain pemain Jerman, [[Jürgen Klinsmann]] membantu Inter untuk meraih kejuaraan [[Supercoppa Italiana]] pada musim berikutnya namun Inter tidak dapat menahan gelarannya.
 
Pada era 1990an boleh dikatakan sedikit kekecewaan bagi peminat Inter. Pesaing rapat Inter, [[A.C. Milan|Milan]] dan [[Juventus F.C.|Juventus]] telah mencapai pencapaian cemerlang sama ada di perngkat domestik dan Eropah manakala Inter jauh ketinggalan dengan keputusan tidak memuaskan. Lebih-lebih lagi, Inter berada hanya satu mata di zon penyingkiran. Walau bagaimanapun, Inter meraih tiga kejayaan [[Liga Europa UEFA|Piala UEFA]] pada tahun 1991, 1994 dan 1998.
 
[[Massimo Moratti]] mengambil alih sebagai presiden daripada Ernesto Pellegrini pada tahun 1995. Selepas pengambil alihan itu, Inter sebanyak dua kali memecah rekod perpindahan pemain termahal di dunia (£19.5&nbsp;juta untuk [[Ronaldo]] dari Barcelona pada 1997 dan £31&nbsp;juta buat [[Christian Vieri]] dari [[S.S. Lazio|Lazio]] dua tahun kemudian). Walau bagaimanapun, dekad 1990 tetap sedikit mengecewakan apabila inilah satu-satunya dekad dalam sejarah Inter di mana Inter tidak dapat meraih kejuaraan liga.
 
Moratti kemudian menjadi sasaran peminat terutamanya apabila beliau memecat jurulatih kesayangan peminat Inter, [[Luigi Simoni]] hanya selepas beberapa perlawanan memasuki musim 1998-99 dan baru menerima anugerah Pengurus Terbaik Itali pada tahun 1998 sebelum Simoni dipecat. Pada musim itu juga, Inter gagal menyertai mana-mana kejohanan Eropah buat pertama kali dalam masa 10 tahun selepas hanya menduduki tempat kelapan.
 
Pada musim berikutnya, Moratti melantik [[Marcello Lippi]] sebagai ketua jurulatih dan membeli beberapa pemain seperti [[Angelo Peruzzi]], [[Laurent Blanc]] dan [[Vladimir Jugović]]. Pasukan ini hampir meraih kejohanan piala domestik pertama sejak 1989 apabila melangkah ke perlawanan akhir Coppa Italia namun tewas kepada finalis, Lazio.
 
Pada musim 2000-01, nasib lain melanda. Inter hampir memenangi Supercoppa Italiana menentang Lazio dan mendahului perlawanan namun Inter tewas 4–3. Inter juga tersingkir daripada saingan [[Liga Juara-Juara UEFA 2000-01|Liga Juara-Juara]] selepas tewas kepada kelab Sweden, [[Helsingborgs IF]] pada pusingan kelayakan. Lippi dipecat serta merta selepas perlawanan pembukaan musim baru menentang [[Reggina Calcio|Reggina]] dan keputusannya Inter tewas. [[Marco Tardelli]] dipilih untuk menggantikan Lippi tetapi beliau juga gagal meningkatkan prestasi pasukan dan ia sentiasa diingati di kalangan peminat Inter apabila tewas memalukan 6-0 kepada pasukan musuh, Milan pada musim 2000-01.
 
Pada tahun 2002, Inter hampir meraih kejuaraan ''scudetto'' apabila perlawanan menentang Lazio menjadi penentu dan Inter memerlukan sekurang-kurangnya kelebihan satu gol di tempat lawan. Namun, Lazio merapatkan kedudukan 2-2 dan menghalang Inter meraih kejuaraan sebaliknya Juventus memenangi kejuaraan kali ini. Pada musim seterusnya, Inter gagal ke perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA 2002-03|Liga Juara-Juara]] apabila tewas kepada Milan, 1-1 berdasarkan gol di tempat lawan.
 
===Kebangkitan===
Pada 1 Julai 2004, Inter melantik [[Roberto Mancini]] sebagai ketua jurulatih yang baru. Pada musim pertamanya, Inter mengumpul 72 mata dan menjuarai Coppa Italia dan kemudian Supercoppa Italiana. Pada 11 Mei 2006, Inter mempertahankan kejuaraan Coppa Italia apabila menewaskan [[A.S. Roma|Roma]] dengan agregat 4-1.
 
Inter dianugerahkan kejuaraan [[Serie A 2005–06]] selepas mata yang dikumpul Juventus dan Milan dipotong oleh kerana [[skandal bola sepak Itali 2006|skandal Calciopoli]]. Pada musim berikutnya, Inter melakar rekod baru apabila memenangi 17 perlawanan berturut-turut dalam Serie A bermula pada 25 September 2006 dengan kemenangan 4-1 ke atas [[A.S. Livorno Calcio|Livorno]] di tempat sendiri dan kemenangan ini berterusan sehinggalah pada 28 Februari 2007, apabila Inter terikat seri 1-1 bertemu [[Udinese Calcio|Udinese]] di San Siro. Pada 22 April 2007, Inter meraih kejuaraan ''scudetto'' buat kali kedua berturut-turut.
 
Inter memulakan musim 2007-08 dengan baik di Serie A dan berada di tangga teratas liga pada separuh pertama musim selain melangkah ke peringkat kalah mati [[Liga Juara-Juara UEFA 2007-08|Liga Juara-Juara]]. Selepas kekalahan yang dialami Inter ketika menentang [[Liverpool F.C.|Liverpool]] pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, tempat Mancini sebagai ketua jurulatih di Inter menjadi persoalan. Mancini akhirnya mengumumkan untuk melepaskan jawatannya. Pada hari terakhir musim [[Serie A 2007-08|2007-08]], Inter meraih kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut namun sebaliknya Mancini dipecat selepas pengumuman yang disebutnya sebelum ini.<ref> name="mancini_inter">{{cite news |url=http://www.inter.it/aas/news/reader?N=29393&L=en |publisher=FC Internazionale Milano |accessdate=29 May 2008 |date=29 May 2008 |title=F.C. Internazionale statement}}</ref>
 
Pada 2 Jun 2008, Inter melantik bekas pengurus [[FC Porto|Porto]] dan [[Chelsea F.C.|Chelsea]], [[José Mourinho]] sebagai ketua jurulatih. Pada musim pertamanya, pasukan ''Nerazzurri'' memenangi [[Supercoppa Italiana 2008|Suppercoppa Italiana]] dan [[Serie A 2008–09|kejuaraan liga keempat berturut-turut]] namun pasukan ini tewas dalam pusingan pertama kalah mati buat kali ketiga berturut-turut selepas tewas kepada [[Manchester United F.C.|Manchester United]]. Selepas membolot kejuaraan keempat berturut-turut, Inter sertai [[Torino F.C.|Torino]] dan Juventus sebagai satu-satunya kelab selain [[Turin]] melakukan seperti ini.
 
[[File:Jose Mourinho - Inter Mailand (6).jpg|thumb|220px|[[José Mourinho]], melakar sejarah baru untuk Inter apabila membimbing Inter meraih "treble" ketika musim 2009-10.]]
Inter menikmati kejayaan [[Liga Juara-Juara UEFA 2009-10|Liga Juara-Juara]] pada musim 2009-10 apabila menewaskan [[FC Bayern Munich|Bayern Munich]] 2–0 pada perlawanan akhir hasil jaringan [[Diego Milito]].<ref>{{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/europe/8697017.stm|title=Bayern Munich 0–2 Inter Milan|date=22 May 2010|work=BBC Sport |accessdate=24 May 2010}}</ref> Inter juga memenangi [[Serie A 2009–10|kejuaraan liga]] dan juga [[Coppa Italia 2009-10|Coppa Italia]].<ref>{{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/europe/8685518.stm|title=Jose Mourinho's Treble-chasing Inter Milan win Serie A |date=16 May 2010|work=BBC Sport |accessdate=24 May 2010}}</ref> Ini membuatkan Inter kelab Itali pertama berjaya melengkapkan "treble" dalam satu musim. Mourinho meninggalkan Inter dan berpindah ke Real Madrid dan tempat Mourinho digantikan oleh [[Rafael Benítez]].<ref>{{cite news| url=http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/europe/8708315.stm |work=BBC Sport |publisher=British Broadcasting Corporation | title=Mourinho unveiled as boss of Real | date=31 May 2010}}</ref>
 
Pada 21 Ogos 2010, Inter menewaskan Roma 3-1 dan memenangi [[Supercoppa Italiana 2010]], trofi keempat Inter bagi tahun ini. Pada Disember 2010, Inter meraih kejuaraan [[Piala Kelab Dunia FIFA 2010]] buat pertama kali selepas menewaskan [[TP Mazembe]], 3-0 dalam perlawanan akhir.<ref>{{cite web|url=http://soccernet.espn.go.com/report?id=309865&cc=5739|title=TP Mazembe 0–3 Internazionale|date=18 December 2010|work=ESPN Soccernet|accessdate=18 December 2010}}</ref> Inter akhirnya melengkapkan ''Quintuple'', menjadi pasukan keempat di dunia yang berjaya melakukannya selepas Liverpool pada 2001, [[Al-Ahly]] pada 2006 dan Barcelona pada 2009. Walau bagaimanapun selepas kemenangan ini, berikutan prestasi lemah yang dipamerkan Inter dalam Serie A, pasukan ini mengumumkan Benitez bakal berpindah. Pada hari berikutnya, [[Leonardo Araújo|Leonardo]] menjadi ketua jurulatih Inter.<ref>{{cite news|url=http://www.inter.it/aas/news/reader?N=35398&L=en |title= Welcome Leonardo! Inter's new coach |date=24 December 2010|work=inter.it}}</ref>
 
===Masa kini===
Leonardo bermula dengan mengumpul 30 mata dalam 12 perlawanan dan purata 2.5 mata per perlawanan dan ia satu pencapaian hebat berbanding jurulatih sebelum ini; Benitez dan Mourinho. Pada 6 Mac 2011, Leonardo meletakkan rekod baru Serie A dengan berjaya memungut 33 mata dalam 13 perlawanan. Leonardo hanya berjaya membawa Inter ke peringkat suku akhir [[Liga Juara-Juara UEFA 2010-11|Liga Juara-Juara]] selain menjulang trofi [[Coppa Italia 2010–11|Coppa Italia]]. Walau bagaimanapun pada penghujung musim, beliau dipecat dan digantikan oleh [[Gian Piero Gasperini]], [[Claudio Ranieri]] dan [[Andrea Stramaccioni]].
 
Pada 1 Ogos 2012, Moratti menjual beberapa faedah Inter Milan kepada konsortium China, [[Kenneth Huang]].<ref> name=Huang>{{cite web|url=http://www.inter.it/en/news/40469|title=Press release: Internazionale Holding S.r.l|date=1 August 2012|accessdate=5 June 2015|publisher=F.C. Internazaionale Milano}}</ref> Pada hari yang sama, Inter mengumumkan mereka telah membentuk astu rundingan dengan [[China Railway Construction Corporation Limited]] untuk projek membina sebuah stadium barua <ref> name=Huang</ref> Pada 30 Jun 2013, Moratti's Internazionale Holding S.r.l. memegang 98.2% ke atas F.C. Internazionale Milano S.p.A. dan rundingan berama pihak China nampaknya telah runtuh.<ref>name=Inter2013bilancio>F.C. Internazionale Milano S.p.A. ''bilancio'' (financial report and accounts) on 30 June 2013, [http://www.registroimprese.it PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.]</ref>
 
Pada 15 Oktober 2013, wakil konsortium Indonesia (International Sports Capital HK Ltd.) yang diketuai oleh [[Erick Thohir]], Handy Soetedjo dan Rosan Roeslani menandatangani sebuah perjanjian untuk memperoleh 70% saham Inter dari Internazionale Holding S.r.l.<ref>{{cite web |url=http://www.forbes.com/sites/afontevecchia/2013/10/15/inter-milan-sells-70-stake-to-indonesias-erick-thohir-at-480m-valuation/|title=Inter Milan Sells 70% Stake To Indonesia's Erick Thohir At $480M Valuation|date=16 October 2013}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.inter.it/en/news/44183|title=F.C. Internazionale statement|date=15 November 2013|accessdate=5 June 2015|publisher=F.C. Internazaionale Milano}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.inter.it/en/news/43937|title=FC Internazionale Milano SpA signs an agreement to open capital to new investors|date=15 October 2013|accessdate=6 June 2015|publisher=F.C. Internazaionale Milano}}</ref> Dengan serta merta selepas perjanjian itu, Moratti's Internazionale Holding S.r.l. masih memegang 29.5% saham F.C. Internazionale Milano S.p.A.<ref> name=Inter2014bilancio>F.C. Internazionale Milano S.p.A. ''bilancio'' (financial report and accounts) on 30 June 2014, [http://www.registroimprese.it PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.]</ref> Selain itu, Thohir juga memiliki sebuah kelab [[Major League Soccer]] (MLS), [[D.C. United]] dan kelab [[Liga Super Indonesia]] (ISL), [[Persib Bandung]].
 
== Skuad Semasa ==
=== Pemain ===
7,838

suntingan