Brahma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
Maka, Brahma merupakan sumber, benih segala-galanya. Brahma menjadi sumber yang melahirkan ruang, masa, sebab-akibat, nama dan rupa. Secara falsafah, Brahma merupakan tahap pertama penjelmaan idea keindividuan atau ego (ahankara). Secara teologi, Brahma adalah Pencipta yang tidak dicipta (Svayambhu), Manusia Pertama.
 
Meskipun Brahma adalah Tuhan Maha Esa dalam fungsinya sebagai Pencipta, tidak ada kuil khusus untuk pemujaan-Nya kecuali kuil di Pushkar (berdekatan Ajmer, Rajasthan). Beberapa Purana cuba memberikan alasan yang lemah untuk menjelaskan keadaan pelik ini. Namun, kemungkinan kultus Brahma telah wujud pada zaman sebelum Veda dan kemudiannya, kebangkitan kultus-kultus Shiva dan Vishnu telah mengatasi kultus Brahma. Dengan perkembangan konsep Shakti, kedua-dua Shiva dan Vishnu mempunyai Shakti masing-masing untuk membantu proses ciptaan. Maka, dengan perkembangan konsep bahawa Tuhan bersatu dengan Shaktinya untuk mencipta alam semesta ini, telah menjadikan Brahma hilang fungsi, dan akhirnya kedudukannya sebagai Tuhan Maha Esa.
 
Setiap kuil, sama ada Siva atau Vishnu, mesti mempunyai sebuah sudut di dinding utara untuk imej Brahma. Imej ini mesti dipuja setiap hari kerana Brahma adalah Parivaradevata (Pengiring Dewa utama).
 
== Nama-nama lain Brahma ==
Baris 30 ⟶ 34:
* '''Lokesa''' (Raja dunia)
* '''Dhatr''' (pelindung)
* '''Viswakarma''' - Sebagai arkitek alam semesta ini, Brahma juga dikenali sebagai Viswakarma. Biasanya, kuil yang khusus untuk Brahma, mempunyai rupa Vishwakarma yang duduk di atas seekor burung Hamsa, dan empat tangan-Nya memegang sebuah kitab, tasbih, rumput kusa, dan kamandalu.
* '''Nabhija''' dan '''Kanja''' - Menurut mitologi Hindu, Brahma lahir daripada sekuntum teratai yang berasal dari pusat Maha Vishnu. Maka, Brahma juga mendapat nama '''Nabhija''' (yang lahir daripada pusat) dan '''Kanja''' (yang lahir di air).
Nama ''''Narayana'''<nowiki/>' ('seseorang yang berada di lautan' atau 'kediaman manusia') pada asalnya digunakan untuk Brahma dan hanya kemudian untuk [[Maha Vishnu|Maha Vishnu.]]
 
== Ikon Brahma ==
Biasanya Brahma digambarkan dengan empat kepala yang menghadap empat arah. Empat kepalanya juga secara simbolik merujuk kepada empat Veda, empat Yuga (zaman), dan empat varna (pembahagian masyarakat berdasarkan sifat semulajadi, persekitaran dan pekerjaan). Biasanya, Brahma mempunyai janggut dan mata-Nya sering tertutup dalam meditasi. Brahma mempunyai empat tangan dalam gaya-gaya berlainan. Tangan-tangan-Nya juga merujuk kepada empat arah (utara, selatan, timur, dan barat). Objek-objek yang dipegang-Nya ialah akshamala (tasbih), kurca (berus daripada rumput kusa), sruk (senduk), sruva (garpu), kamandalu (kendi air), dan pustaka (kitab). Kombinasi ini sering bertukar dari imej ke imej.
 
Akshamala atau tasbih menunjukkan masa dan kendi air bermaksud, Air Sebeb-Penyebab yang mewujudkan dunia ini. Brahma mengawal masa dan prinsip sebab-penyebab. Rumput kusa, senduk, dan garpu mewakili sistem ritual korban. Kitab ialah simbol ilmu sekular dan ilmu rohani. Brahma adalah pemberi segala ilmu.
 
Tangan Brahma menandakan gaya abhaya (perlindungan) dan varada (rahmat).
 
Ikon Brahma biasanya berada dalam keadaan berdiri (atas sekumtum teratai) atau duduk di atas hamsa (burung swan). Hamsa atau burung swan juga adalah simbol ilmu dan diskriminasi antara baik-buruk.
 
== Mitologi ==