Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 429:
 
==== Garhasthya ====
* Tahap kedua ini bermula dengan perkahwinan. Selepas kembalimenyempurnakan dari rumah gurunyapendidikannya, seorang pelajarlelaki, dengan kebenaran ibu bapanya, berkahwin dengan seorang gadis dari kastanya sendiri tetapi dari Gotra lain. Selepas berkahwin, dia perlu menjalani kehidupan berkeluarga menurut hukum-hukum agama.
*
* Antara lain, seorang yang berumahtangga harus melakukan pemujaan harian bernama agnihotra (suatu upacara ritual yang menggunakan api sebagai simbol Tuhan), sering membaca Veda, mencari rezeki yang halal, membuat kebajikan kepada orang miskin, membesarkan anak, menghormati orang-orang tua dan menjaga ibubapanya.
*
* Menurut Manu, seorang lelaki yang berumahtangga mempunyai kewajipan untuk menghormati, menghargai dan membahagiakan golongan wanita. ''“Di mana wanita hidup menderita, keluarga itu akan musnah; dan di mana wanita hidup bahagia, keluarga itu akan maju.” (Manu).''
*
* Isteri dipanggil sebagai ''ardhangini'' (secara literal bermaksud ‘separuh badan’). Suami isteri dianggap sebagai dua bahagian kepada satu perkahwinan yang ideal. Isteri juga dipanggil sebagai ''sahadharmini'' yang bermaksud “pekongsi dalam kehidupan rohani”. Suami isteri harus bekerjasama untuk mencapai perkembangan kerohanian. Seorang individu dalam masyarakat Aryan diingatkan tentang matlamat akhir hidup – iaitu kesedaran Tuhan – pada setiap tahap hidupnya.
*
* Golongan lelaki dibenarkan untuk mengamalkan poligami. Seorang lelaki dibenarkan untuk berkahwin semula selepas kematian isterinya. Sebaliknya, seorang wanita dikehendaki menjalani kehidupan brahmacharya dan hidup seperti seorang rahib selepas kematian suaminya. Keadaan ini mungkin disebabkan kerana masyarakat pada masa itu dikuasai oleh golongan lelaki. Namun, pada awal zaman Veda, seorang gadis dara juga dibenarkan untuk berkahwin semula selepas kematian suami.  Masyarakat Aryan juga tidak membenarkan perceraian kerana perkahwinan dianggap sebagai sesuatu yang suci dan harus berterusan selama-lamanya.
*
 
==== Vanaprasthya ====
* Menurut [[Manu]], apabila kulit seseorang berkeduaberkedut dan rambutnya rabun, sudah tiba masanya untuk dia memasuki tahap ketiga kehidupan sebagai vanaprasthya. Dia dikehendaki untuk bersara dan bertolak ke hutan, sama ada diiringi oleh isterinya atau meninggalkan isterinya dalam jagaan anak lelakinya. Di hutan, dia dikehendaki untuk tinggal dalam sebuah pondok kecil, memakai kulit pokok, kulit haiwan, atau pakaian lama; membacamengaji [[Veda]], dan menjalankan upacara ritual. Dia dikehendaki memakan hanya sayur-sayuran, buah-buahan dan akar-akar yang mentah atau dimasak. Dia menyimpan janggut panjang, tidak memotong rambut dan kukunya. Secara ringkas, dia dikehendaki hidup sederhana dan menjalani disiplin kerohanian. Tahap ketiga ini sesungguhnya ialah suatu persediaan untuk tahap keempat kehidupan Aryan sebagai seorang rahib atau pertapa.
*
* Dengan peredaran masa, masyarakat Aryan telah meninggalkan tradisi vanaprasthya. Namun, apabila seseorang memasuki usia tua, keinginan untuk menjalani kehidupan tenang, jauh dari keluarga dan masyarakat, masih mendorong mereka untuk bersara. Masih ramai golongan wanita dan lelaki yang berusia mencari teduhan di tempat-tempat suci seperti Varanasi dan Puri. Mereka menjalani kehidupan yang sederhana dengan berdoa dan bersembahyang sehingga ke akhir hayat mereka.
 
==== Sannyasa ====
* Tahap keempat ini ialah suatu peralihan semula jadi dari tahap vanaprasthya. Menurut [[Baudhayana]], seorang penggubal undang-undang India purba, sesiapa sahaja daripada kategori-kategori berikut layak untuk memasuki tahap terakhir ini:
# Seorang pelajar yang baru menamatkan pendidikannya dan ingin melepaskan dunia
# Seorang yang tiada zuriat
Baris 452 ⟶ 451:
# Seorang perantau
# Seorang pertapa
# Sesiapa yang berumur tujuh puluh tahun ke atas dan anak-anaknya telah berumah tangga
* Seorang rahib sering membotakkan kepalanya, memotong kukunya, dan mengemis untuk makanannya. Dia tidur di bawah pokok, dalam kuil, atau rumah yang terbiar. Dia sentiasa merantau dari tempat ke tempat, dengan sebatang tongkat, sebuah mangkuk, dan kendi air. Dia tidak akan memakai pakaian putih seperti seorang yang berkeluarga. Dia tidak akan tinggal di sesuatu tempat lebih daripada tiga hari. Dia dikecualikan daripada melakukan upacara agnihotra dan lain-lain ritual wajib. Namun, seorang rahib dikehendaki untuk sentiasa membacamengaji [[Veda]].
* Seorang rahib menganggap seluruh dunia sebagai keluarganya. Maka, dia memutuskan segala perhubungan dengan keluarganya. Dia mengambil ikrar ketidakganasan, bercakap benar, tidak mencuri, mengawal nafsu dan bertoleransi. Dia mengikuti perintah guru rohaninya, tidak marah, tidak terburu-buru dalam tindakan dan pemikiran, mengamalkan kebersihan dan kesucian makanan. Dia dikehendaki untuk memikirkan dirinya sebagai Atman atau roh yang suci dan bukannya sebagai jiwabadan. Matlamat hidupnya ialah untuk menyedari Tuhan.
* Golongan rahib Hindu moden masih mengikuti ideal purba kehidupan Sannyasa ini. Namun, institusi kerahiban yang teratur, mula-mula diperkenalkan oleh Gautama [[Agama Buddha|Buddha]] lebih kurang 2500 tahun dahulu.
* [[Sankaracharya|Sri Sankaracharya]], seorang wali dan ahli falsafah Hindu kurun ke-8 telah menubuhkan satu institusi kerahiban yang dikenali sebagai Daśanāmī-Sampradāya. Institusi ini bukan sesuatu yang sistematik dan ketat seperti biara-biara Buddha. Namun, Daśanāmī-Sampradāya telah memainkan peranan yang amat penting dalam Hinduisme. Mengikuti tradisi Hindu purba, institusi ini masih mengutamakan perkembangan rohani individu di samping pembelajaran dan pengajaran kitab-kitab suci.
* Dalam zaman moden, [[Swami Vivekananda]] telah menubuhkan [[Ramakrishna Math]] dan [[Ramakrishna Mission]]. Rahib-rahib Ramakrishna Mission menjalankan pelbagai kegiatan kemanusiaan dan kebajikan sosial di samping menjalani disiplin rohani. Pada hari ini, Ramakrishna Mission merupakan pertubuhan kerahiban Hindu yang terbesar dan paling teratur di India. Meskipun pertubuhan ini suatu organisasi yang bebas, ia berasal daripada tradisi ''Puri'', suatu cawangan Daśanāmī-Sampradāya yang ditubuhkan oleh [[Sankaracharya|Sri Sankaracharya]].
 
=== Sistem Kasta ===
Baris 466 ⟶ 465:
 
===== Kshatriya =====
Individu yang penuh dengan sifat-sifat ketenteraandan semangat kepahlawanan pula dianggap layak untuk menjadi Kshatriya atau kasta tentera. Raja-rajaGolongan diraja, bangsawan dan para pentadbir biasanya berasal daripada kasta Kshatriyaini.
 
===== Vaishya =====
Orang-orang yang mempunyai kemahiran berniaga dan berdagang pula bergolongtergolong dalam kasta pedagang atau Vaishya.
 
===== Shudra =====
Baris 475 ⟶ 474:
* Sistem kasta tidak diikuti oleh golongan rahib atau Sannyasin. Peraturan-peraturan masyarakat umumnya tidak mengikat golongan Sannyasin. Namun, semua golongan menghormati Sannyasin.
* Sesiapa yang mengingkari sistem kasta terutamanya peraturan mengenai pemakanan, perkahwinan dan sebagainya, biasanya dianggap sebagai orang yang dibuang kasta. Menurut Manu, penggubal undang-undang Hindu yang terkenal, “Seseorang daripada tiga kasta atasan iaitu Brahmin, Kshatriya dan Vaishya yang dengan sengaja memakan cendawan, daging khinzir, bawang putih, ayam, bawang merah, atau bawang perai, akan dibuang kasta.”
* Seseorang yang dibuang kasta tidak akan mendapat status yang sama dengan orang-orang yang berkasta. Mereka diberikan status yang paling rendah dalam masyarakat Aryan. Namun, tiada sebarang bukti bahawa pada mulanya golongan ini ditindas. Hanya apabila sistem kasta mengalami kemerosotan, golongan ini mula dipandang hina dan diberikan nama “tidak“orang yang tidak boleh disentuh”.
 
==== Kemerosotan Sistem Kasta ====
Baris 503 ⟶ 502:
* Menurut Chādogya Upanishad (7.26.2) kesucian makanan menentukan kesucian minda. Kesucian minda menghasilkan memori yang kuat untuk mengingati semua yang didengar dan dipelajari. Ini seterusnya membantu seseorang untuk mendapatkan ilmu untuk melepaskan dirinya daripada segala ikatan duniawi. Secara ringkas, makanan menguatkan badan dan minda.
* Menurut Dharmasastra, perbuatan memakan juga ialah suatu amalan agama dan beberapa hukum pemakanan diberikan.
* Menurut Manu, penggubal undang-undang Hindu yang terkenal, ''“Seseorang daripada tiga kasta atasan iaitu Brahmin, Kshatriya dan Vaishya yang dengan sengaja memakan cendawan, daging khinzir, bawang putih, ayam, bawang merah, atau bawang perai, akan dibuang kasta.”''
* Oleh kerana makanan disanjung tinggi oleh Hinduisme, terdapat beberapa mantera untuk persembahan ritual makanan dan juga mantera untuk disebut sebelum makan.
* Anna Sūkta ('Mantera untuk makanan') dalam Ṛgveda Samhitā (1.187.1-11) ialah sebuah mantera yang harus dibacakan untuk menyucikan makanan. Menurut rishi Śaunaka (dalam Ṛgvidhāna 1-27), Anna Sūkta harus dibaca setiap hari sebelum makan. Bacaan mantera ini akan menyucikan makanan, menghapuskan sebarang kekotoran dalam makanan, dan memastikan makanan itu berkhasiat.
Baris 510:
* Seseorang juga tidak harus makan di kuil, tempat awam, dan kenderaan bergerak.
* Makanan menjadi tercemar dalam tiga keadaan: jātidoṣa, nimittadoṣa dan āśrayadoṣa. Bawang putih dan kobis, misalnya ialah makanan yang tercemar secara spesis (jāti), dan oleh itu mesti dielakkan. Nimittadoṣa berlaku disebabkan kekotoran luar seperti habuk atau rambut. Ini boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan dan sanitasi yang baik. Makanan yang disentuh, dimasak, atau dikendalikan oleh orang jahat atau kurang bermoral dikatakan tercemar dengan arus negatif dan jahat mereka. Kekotoran jenis ini dinamakan sebagai āśrayadoṣa. Makanan ini boleh disucikan dengan mempersembahkannya kepada Tuhan terlebih dahulu sebelum makan.
* Menurut [[Bhagavad Gita|''Bhagavad Gita'']], seseorang perlu mengambil makanan yang banyak airnya, berzat, selamat dimakan, dan menyenangkan demi kesihatan fizikal dan kepentingan rohaninya. Makanan yang terlampau pahit, terlalu masam, terlampau masin, terlalu panas, amat pedas, kering dan mendidih harus dielakkan. Makanan yang telah basi, tanpa rasa, busuk, dan tidak bersih harus dielakkan.
* Kitab-kitab mazhab [[Vaishnavisme|Vaishnava]] dan [[Saivisme|Shaiva]] menyarankan makanan sayur-sayuran yang sepenuhnya untuk pengikut-pengikutnya. Pengikut-pengikut mazhab Shakta pula dibenarkan oleh kitab-kitab suci untuk memakan daging, ikan, dan arak yang telah dipersembahkan kepada [[Shakti|Dewi]]. Akibatnya, masyarakat Hindu mempunyai pandangan yang negatif - malah membenci - terhadap orang Hindu yang memakan daging. Golongan wali, sebaliknya, tidak mengalakkan pandangan negatif ini. [[Swami Vivekananda]] berkata, ''"Di India, agama telah masuk ke dalam periuk."'' [[Sri Ramakrishna]] Paramahamsa pula berkata, ''"Jika seseorang yang memakan daging khinzir berfikir berterusan tentang Tuhan, maka dia lebih mulia daripada seseorang yang memakan makanan vegetarian dan masih berfikir tentang benda-benda duniawi setiap masa."''
* Meera Bai, seorang wali wanita India yang hidup dalam kurun ke-16 berkata:
Baris 533:
 
==== Daging ====
* Sejak zaman [[Veda]], kepentingan utama telah diberikan kepada pemakanan orang Indo-Aryan. Bukan semua makanan adalah baik untuk perkembangan fizikal dan rohani manusia. Manu, seorang penggubal undang-undang purba telah memberikan dengan terperinci tentang makanan yang dibenarkan dan diharamkan.<ref>G.Bühler, trans., ''The Laws of Manu'' (The Oxford University Press, 1886) V/5-56 </ref> Nenek moyang orang Hindu pada zaman Hindu dibenarkan untuk memakan beberapa jenis daging. Namun, Manu menyarankan dan menggalakkan pemakanan vegetarian atas dasar tanpa kekerasan. Menurut Manu, "''Tidak ada dosa dalam memakan daging... tetapi banyak kebaikannya jika mengelakkan daging''."<ref>Ibid., V/56</ref> Namun, semua makanan, termasuk daging, mesti dipersembahkan kepada Tuhan sebelum makan.
* Satu persoalan yang sering wujud ialah sama ada masyarakat zaman [[Veda]] memakan daging lembu. Terdapat alasan-alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa masyarakat zaman [[Veda]] memakan daging lembu. Namun, lembu tenusu tidak pernah disembelih. Seekor lembu tenusu dikenali sebagai ''aghnyā,'' yang bermaksud ''"sesuatu yang tidak harus dibunuh."'' Hanya lembu jantan, anak lembu dan lembu mandul yang disembelih untuk dagingnya.<ref>Kunhan Raja, ''The Cultural Heritage of India'', vol.1 (Calcutta, India: Belur Math), 39</ref>
* Mengapa masyarakat Hindu kini tidak memakan daging lembu? Beberapa cendikiawan berpendapat bahawa ini mungkin disebabkan oleh pengaruh agama Jain. Masyarakat Hindu kebanyakannya tinggal di luar bandar. Di hampir setiap rumah orang Hindu terdapat sekurang-kurangnya seekor lembu tenusu. Lembu tenusu di India adalah amat jinak. Kanak-kanak membesar dengan meminum susu lembu dan memelihara lembu sebagai binatang peliharaan, sama seperti anjing atau kucing peliharaan dalam masyarakat lain. Selain pantang-larang memakan daging lembu, ini juga salah satu sebab mengapa orang Hindu tidak dapat berfikir untuk menyembelih lembu dan memakan dagingnya. Selain itu, orang Hindu juga sering mengelakkan daripada membunuh semua haiwan betina.
* Adakah lembu seekor binatang suci? Segelintir orang barat berpendapat bahawa orang Hindu tidak memakan daging lembu kerana menganggapnya sebagai binatang suci. Menurut agama Hindu, Tuhan wujud dalam segala-galanya. Meskipun Tuhan wujud dalam segala-galanya, manifestasinya tidak sama dalam semua benda. Manifestasi Tuhan dalam seorang wali atau Jelmaan Tuhan adalah lebih kuat. Manifestasi Tuhan adalah kurang dalam manusia biasa, dan tidak ketara dalam binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain. Manifestasi Tuhan paling kurang dalam benda-benda bukan hidup seperti batu-batan. Maka, Tuhan sesungguhnya wujud dalam lembu juga. Jika tidak, ini akan bertentangan dengan idea bahawa Tuhan ialah Maha Wujud. Jika Tuhan Maha Suci, maka segala-galanya juga suci.