Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 85:
 
=== Veda atau Śruti ===
[[Veda]] ialah ayat-ayat suci yang didedahkan kepada golongan
[[Rishi]]. Ayat-ayat suci ini dipercayai telah sedia wujud dan didengar oleh golongan [[Rishi]]. Oleh itu, [[Veda]] dikenali sebagai [[Veda|Ṥruti (]]<nowiki/>bermaksud sesuatu yang 'didengar') [[Veda]] ialah [[apauruṣeya]] bermaksud bukan ciptaan manusia. Perkataan [[Sanskrit]] Veda bermaksud ilmu. Golongan [[Rishi]]<nowiki/>enggan
untuk menulis ayat-ayat suci ini kerana kesalihannya. Mereka menghafal
Baris 133:
 
=== Smṛiti ===
Semua kitab-kitab suci Hindu, kecuali Darsana dan [[Tantra]], boleh dikelaskan kepada dua kategori: [[Veda]] atau Sruti dan Smriti. Ayat-ayat
suci Veda adalah otoriti yang mutlak.  Smriti
pula ialah otoriti sekunder. Semua sastera agama seperti dharmasūtras, [[Purana]], Itihāsa (epik), Tantra and Āgama jatuh di bawah kategori Smriti. Semua kitab-kitab sekunder ini mendapat otoritinya daripada [[Veda]]. Oleh itu, selagi sumber sekunder ini tidak bercanggah dengan Veda, ia diterima sebagai otoriti yang sah.
 
Smriti juga mempunyai maksud teknikal. Ia bermaksud buku
undang-undang atau manual rukun kehidupan untuk orang Hindu. Antara buku
undang-undang purba ini, buku [[Manu]] adalah yang paling popular. Yajnavalkya,
Baudhayana, Apastambha, Vashishtha dan Gautama ialah para penggubal
undang-undang zaman purba. Raghunandana ialah penggubal undang-undang Hindu
Baris 147:
Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukar
difahami. Tanpa dharana shakti yang diperolehi dengan amalan Brahmacharya,
manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi [[Veda]] atau [[Upanishad]]. Oleh
itu, golongan Rishi menciptamenghasilkan sejenis sastera khas yang dikenali sebagai [[Purana|Purāṇa]].
Matlamat utama Purāṇa ialah untuk memberikan ajaran [[Veda]] dalam gaya yang
popular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purāṇa wujud dalam
bentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purāṇa, antara yang popular
ialah Vishnu Purāṇa, Bhagavata Purāṇa, Skanda Purāṇa, Vayu Purāṇa, Padma Purāṇa, Markandeya Purāṇa dan Agni Purāṇa. Sebahagian Markandeya Purāṇa amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.
 
Secara amnya, perkataan 'Purāṇa' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.
Baris 159:
Sebuah Purāṇa dikatakan mengandungi lima ciri-ciri yang menjelaskan: sarga (ciptaan), pratisarga (ciptaan pertengahan), vamśa (dinasti dewa-dewa dan raja-raja), manvantara (empat belas Manu dan zaman-zaman mereka), vamśānucarita (genealogi raja-raja dinasti solar dan lunar). Kadang-kadang beberapa ciri lain ditambah seperti rakṣā (fungsi perlindungan alam semesta oleh Tuhan), saṁsthā (pralaya atau pemusnahan alam semesta), hetu (sebab ciptaan , iaitu jiwa dan karma), vṛtti (penyaraan kehidupan), apāśraya (perlindungan atau Brahman). Kecuali Vishnu Purāṇa, ke semua ciri-ciri ini tidak dibincangkan oleh Purāṇa-Purāṇa lain.
 
Selain lima ciri-ciri umum ini, terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan seperti śrāddha (upacara kematian), kewajiban setiap varṇa and āśrama, tīrtha (tempat-tempat suci), dan penyembahan imej-imej Tuhan. Beberapa buah Purāṇa juga memainkan peranan dalam penyebaran mazhab-mazhab tertentu (misalnya, [[Saivisme|Śaivisme]] atau [[Vaishnavisme|Vaiṣṇavisme]]). Informasi-informasi dalam pelbagai bidang sekular seperti [[Ayurveda]], arkitektual, perancangan bandar, ilmu ramalan, juga dimuatkan dalam sesuatu Purāṇa.
 
=== Itihasa atau Epik - Ramayana dan Mahabharata ===
[[Ramayana]] dikarang oleh Valmiki dan [[Mahabharata]] pula ialah
karya [[Veda Vyasa|Vyasa]]. Kedua-dua epik ini juga dikenali sebagai Itihasa dan ia mengandungi falsafah dan ajaran agama disamping cerita-cerita purba. [[Bhagavad Gita]], kitab suci utama Hindu erkandungterkandung dalam [[Mahabharata]]. Kedua-dua epik ini juga mempunyai watak-watak
utama yang mulia yang dianggap sebagai idola bagi orang Hindu.
 
Menurut definisi yang diberikan dalam bahasa [[Sanskrit]], sebuah itihasa mesti mengandungi topik-topik yang merangkumi empat puruṣārtha iaitu dharma, artha, kāma dan mokṣa. Secara amnya, topik-topik ini dibincangkan melalui cerita-cerita yang berlaku pada zaman silam.
 
Perkataan 'itihasa' dan 'puraṇa' telah digunakan dalam sastera [[Veda]] (vide [[Atharva Veda]] 15.6.4; Satapatha Brahmana 13.4.3.12; Brhadaranyaka Upanishad 2.4.10).
 
=== Bhagavad Gīta ===
Baris 174:
 
Kitab suci utama agama Hindu iaitu [[Bhagavad Gita|Bhagavad Gīta]] ialah
sebahagian epik [[Mahabharata|Mahābhārata]]. Ia mengandungi dialog-dialog antara [[Sri Krishna]],
Jelmaan Tuhan dan putera [[Arjuna]]. Bagi menjawab soalan-soalan dan keraguan
Arjuna, [[Sri Krishna]] memberi ajaran rohani yang hebat. Ajaran ini merupakan
khazanah agama Hindu. [[Bhagavad Gita|Bhagavad Gīta]] mengandungi kebanyakan ajaran utama
[[Upanishad]]. Maka, [[Bhagavad Gita]] juga disanjung tinggi seperti [[Upanishad]].
 
=== Āgama dan Nigama ===