Malcolm X: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 57:
Ketegangan meningkat antara Malcolm dan ''Nation of Islam''. Perintah diberi oleh anggota ''Nation'' untuk membunuh Malcolm. Pada [[14 Februari]], [[1965]] rumahnya di New York dibaling dengan [[bom api]] oleh ''Nation of Islam'', tetapi Malcolm dan keluarganya terselamat.
 
Seminggu kemudian pada [[12 Februari]], di [[Audubon Ballroom]], Manhattan, Malcolm baru sahaja memulakan ucapannya apabila kekecohan berlaku dalam himpunan 400 orang. Seorang lelaki menjerit, "Get your hands off my pockets! Don't be messin' with my pockets!" Sewaktu pengawal peribadi beliau berlari kearah kekacauan tersebut, seorang kulit hitam meluru kehadapan dan menembak Malcolm di dadanyandadanya. Dua orang lagi yang bersenjatakan pistol melepaskan tembakan kearah beliau.
 
Malcolm X dikebumikan di [[Ferncliff Cemetery]] di Hartsdale, [[New York]]. Tiga lelaki ditahan atas tuduhan membunuh dan kesemuanya adalah ahli Nation of Islam iaitu [[Talmadge Hayer]], [[Norman 3X Butler]], dan [[Thomas 15X Johnson]]. Suatu memo [[FBI]] telah mendedahkan penglibatan agensi itu, dengan mengadakan perselisihan antara kedua gerakan itu yang berakhir dengan pembunuhan Malcolm X. Peranan FBI tidak begitu jelas. Walaupun begitu, adalah diketahui bahawa salah seorang pengawal peribadi beliau merupakan pegawai polis [[NYPD]] yang melapor kepada FBI.