Bugis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ahazeman (bincang | sumb.)
k kesalahan ayat
Ahazeman (bincang | sumb.)
k rujukan
Baris 8:
|related=[[Toraja]], [[Mandar]],[[Bone]] [[suku Makassar|Makassar]], [[Melayu]].
}}
Orang '''Bugis''' berasal dari kepulauan [[Sulawesi]] di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di [[Sulawesi Selatan]]. Penaklukan [[Belanda]] pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di [[Sumatra|Sumatera]], [[Kalimantan]], [[Jawa]], [[Semenanjung Malaysia]], [[Sabah]] dan [[Sarawak]]. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.
 
Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di [[Kepulauan Melayu]] dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni(digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan [[England|inggeris]].) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai [[Makassar]]. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.
 
== Sejarah Bugis ==
Baris 17:
{{Utama|Sejarah awal Bugis}}
 
Kerajaan pertama Bugis mengikut [[La Galigo]] ialah Wewang Nriwuk, [[Luwuk, Gunungsari|Luwuk]] dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Di bidang ekonomi, penanaman [[padi sawah]], pembuatan [[besi]] dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah [[Gowa]] (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas [[Sulawesi Selatan]].
 
=== Sejarah Awal Bugis menurut keturunan Raja Haji (Bugis di Semenanjung) ===
Menurut kitab [[Tuhfat al-Nafis]] bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Sittik Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa ToTouraja di tanah Sulawesi. (To atau Tou- bermaksud bangsa / kaum dalam variasi bahasa malayo-polynesia)
 
Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi yang berkualiti tinggi dari Tana Kadara ([[Kedah kini) kemudianTua|Kedah]]<nowiki/>kTuakemudian menjualnya ke pelabuhan [[Sana'a|Kerajaan Saba]], [[Yaman]] dan sehingga ke Tana Ugi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama cicit permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut.
 
Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan To Ugi lain-lain. Selain itu, mereka masih mengekalkan budaya / amalan mengahwini puteri-puteri raja yang berdagang / meminta bantuan perang dengan mereka. Contohnya boleh dilihat seperti puteri raja Aceh, [[Daeng Selili|Puteri Raja Perak]] dan lain-lain.
 
Kononnya Bangsa Buqis ini telah menyatukan ''Bate Salapang'' (sembilan bendera) dengan cara diplomasi damai dan paksaan. Penggunaan kisah-kisah lama, payung merah, semangat nenek moyang dan agama digunakan untuk menyatukan pelbagai suku sehingga tertubuhnya kerajaan Gowa yang terkenal tersebut.
 
Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku [[La Galigo]] untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan [[Gowa]] pimpinan [[Sultan Hasanuddin|Sultan Hassanuddin]](1670).
 
Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda.