Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Istilah ''Hinduisme'' merangkumi pelbagai aliran fikiran dan falsafah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut [[Hindu]] bersembahyang kepada pelbagai [[dewa]]-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu [[Roh]] Agung (''[[Brahman]]''), sedangkan banyak penganut lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk [[Brahman]] ([[Tuhan]]), umpamanya [[Vaishnavisme]], [[Saivisme]] dan [[Syaktisme|Saktisme]].<ref name=God>[http://www.atributetohinduism.com/introduction_to_hinduism.htm "Konsep Tuhan"]</ref>
 
Hinduisme ialah [[Agama dunia utama|agama yang ketiga terbesar]] di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka [[2005]]). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di [[India]].<ref>[http://encarta.msn.com/encyclopedia_761555715/Hinduism.html] "Penganut"</ref> Agama Hindu merupakan agama utama di benua India meskipun India dianggap sebagai sebuah negara sekular. Agama Hindu menjadi agama rasmi negara Nepal. DenganperedaranDengan peredaran masa, dua cabang utama tumbuh daripada agama Hindu, iaitu agama Buddha dan agama Jain. Pengaruh agama Hindu dan agama Buddha telah tersebar ke negara Sri Lanka, Burma, Tibet, China, Cambodia, Jepun, Korea dan lain-lain negara Asia lain seperti Tanah Melayu,Malaysia dan kepulauan Indonesia. Malah, pengaruh kebudayaan dan tamadun India juga telah dikenalpasti di Mexico. Apa yang menarik tentang perkembangan agama Hindu ialah agama ini tidak pernah disebarkan dengan penaklukan, penjajahan, peperangan atau sebarang bentuk keganasan. Keamanan, kasih sayang, simpati, kemanusiaan, dan kebajikan merupakan daya tarikan agama Hindu. Ke mana sahaja orang Hindu pergi, mereka telah memperkayakan dan meningkatkan kebudayaan dan tamadun tempatan secara semulajadi tanpa sebarang paksaan. Maka, tidak ada keraguan bahawa India dan agama Hindu merupakan ibu ketamadunan di Timur. Malah, kini telah terbukti bahawa idea-idea Hindu juga telah mempengaruhi Greek purba, pusat kelahiran tamadun Barat.<ref>The Legacy of India, (Ed. ny G.T.Garratt), ms.1-24</ref>[[Fail:Om symbol.svg|thumb|273x273px|Simbol 'Aum' dalam bahasa Sanskrit|left]]
 
=== Etimologi ===
Orang Aryan menyebut agama mereka sebagai Arya [[Dharma]] - agama orang Aryan. Mereka langsung tidak mengenal perkataan 'Hindu'. Perkataan [[Dharma]] dalam konteks ini bermaksud agama atau tugas-tugas agama. Orang Aryan juga memanggil agama mereka sebagai Manava [[Dharma]] yang bermaksud 'Agama untuk Manusia' iaitu agama ini bukan sahaja untuk orang Aryan tetapi untuk seluruh umat manusia. Satu lagi nama untuk agama ini ialah [[Sanatana Dharma]] - Agama yang Abadi, yakni, agama mereka berasaskan kepada kebenaran abadi.
 
Salah sebuah negara yang berdekatan dengan India purba ialah Persia. Sungai Indus (Sindhu dalam bahasa Sanskrit) menjadi sempadan antara Persia dan Aryavarta (nama India purba). Orang Persia menyebut huruf 'S' sebagai 'H', maka Sindhu menjadi Hindhu. Demikian, agama di benuapenduduk India menjadi agama Hindu.
 
Perkataan Hindu '[[Dharma]]' mempunyai maksud yang mendalam dan lebih luas berbanding perkataan 'agama'. [[Dharma]] berasal dari akar [[Sanskrit]] 'dhri' (untuk berpegang). Maka, [[Dharma]] bermaksud apa yang dipegang oleh sesuatu kehidupan. Semua benda dalam alam semesta ini mempunyai dharmanyaDharmanya sendiri kerana kewujudan semua perkara danatau benda bergantung kepada sesuatu yang lain. Terhadap apakah kewujudan sesuatu benda bergantung? Sifat semulajadi sesuatu benda menentukan kewujudan benda itu, iaitu tanpanya benda itu tidak boleh wujud. Misalnya, kuasa pembakaran adalah dharma api; sifat tidak boleh bergerak adalah dharma benda bukan hidup. Manusia juga mempunyai sifat semulajadinya, yang membezakan manusia dengan semua benda hidup lain. Sifat semulajadi itulah yang menjadi [[Dharma]] manusia dan ini dikenali sebagai mānava [[Dharma]].
 
=== Pengasas ===