Charlie Weasley: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 11 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q3430858
So-sorafiq (bincang | sumb.)
/Pembetulan/
Baris 20:
Charlie bersekolah di [[Hogwarts]] sejak [[1983]] hingga [[1991]]. Dia keluar dari Hogwarts setahun sebelum [[Harry Potter (watak)|Harry Potter]] mula bersekolah di sana. Di Hogwarts, dia adalah seorang [[pengawas]] dan kapten pasukan [[Quidditch]] dan menjadi Seeker legenda dalam pasukan Quidditch Gryffindor. Pada tahun pertamanya sebagai Seeker, Harry sering dibanding-bandingkan dengan Charlie. Walaupun [[Oliver Wood]] mengatakan bahwa Charlie Weasley sebenarnya boleh bermain untuk pasukan [[England]], tetapi dia telah memilih untuk ke [[Romania]] untuk bekerja dengan [[naga]].
 
Menurut Hagrid, Charlie sangat baik dalam mengruskanmenguruskan binatang dan menurut adiknya, Percy, Charlie memang bukan "orang yang duduk diam", yang mungkin mempengaruhi pemilihan kerjayanya. Charlie mengambil bayi naga Hagrid iaitu Norbert (yang ditetaskan secara haram) untuk dipeliharanya pada tahun pertama Harry. Dalam ''[[Harry Potter dalam Piala Api|Piala Api]]'', Charlie bersama empat pasukan dari [[Kementerian Sihir]] membawa empat jenis naga ke Hogwarts untuk Tugasan Pertama [[Kejohanan Ahli Sihir Trio]].
 
Charlie juga diceritakan terpaksa mengambil ujian [[Muncul Tiba-tiba]] sebanyak dua kali kerana pada kali pertama beliau tidak lulus akibat muncul setengah kilometer dari tujuannya, malah muncul di atas seorang [[Muggle]], nenek tua yang sedang membeli-belah. Menurut Ron, Fred dan George tidak berani mengejek tentang hal ini kerana badannya yang besar.