Penjara Johor Bahru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
baiki
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Logo of the Malaysian Prison Department.svg|right|thumb|180px|Lambang Penjara Johor Bahru]]
'''''Penjara Johor Bahru''', yang ditempatkan di ibu kota negeri [[Johor]], [[Malaysia]] dahulunya dikenali sebagai "Kota Jail". Ia merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia, selepas Penjara [[Pulau Pinang]] dan Penjara [[Taiping]], [[Perak]]. Penjara ini telah dirasmikan pembukaannya oleh [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim|Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim]] pada tahun [[1883]] untuk menahan para penjenayah di dalam negeri, dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah [[Britain]].''
 
''Penjara ini terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8 [[hektar]] di kawasan bandaraya, dan dilingkungi oleh tiga batang jalanraya, iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Gertak Merah dan Jalan Khalid Abdullah. Pada [[30hb Ogos]] [[2005]], penjara ini telah dipindah ke bandar [[Keluang]] di Johor Tengah, disebabkan kekurangan ruang yang amat pesat. Dengan pemindahan penjara ini, habislah suatu riwayat yang kekal selama 122 tahun.''
 
==''Kompleks penjara''==
[[Imej:Prison_corner.jpg|thumb|300px|Sudut kiri di bahagian hadapan Penjara Johor Bahru]]
[[Imej:Inmate_block.jpg|thumb|300px|right|Salah satu daripada bangunan-bangunan penempatan banduan]]
''Rekabentuk asal penjara ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim, yang telah melawat penjara-penjara di [[Shanghai]], [[China]] dan [[Osaka]], [[Jepun]] untuk melihat keadaan fizikal serta rekabentuk penjara-penjara yang terdapat di sana.''
 
''Penjara ini dibina pada [[16 April]], [[1882]] oleh seorang [[kontraktor]] [[Cina]] yang bernama [[Wong Ah Fook]] dan seorang [[arkitek]] yang dikenali sebagai [[Engku Abdul Majid]] dengan kos RM30,000. Keluasan penjara ini adalah sebesar 1.8 hektar (400 x 400 kaki). Kapasitinya ialah 200 orang pesalah sahaja.''
 
''Pada asalnya, terdapat hanya dua buah bangunan penempatan banduan, dua bengkel latihan, dapor memasak, bangunan tandas, rumah sakit dan sebuah pejabat pentadbiran. Peredaran masa dan keperluan bagi menampung kapasiti banduan yang kian meningkat, beberapa bangunan telah dibina dan diubahsuai dengan sepuluh buah blok penempatan, lima buah bengkel vokasional, tempat lawatan keluarga, pejabat [[kaunseling]], pejabat pengawai kebajikan, surau dan kemudahan lain yang mampu menampung 1,500 orang banduan.''
 
''Keluasan kawasan bertembok, sebanyak 160,000 kaki persegi (1.8 hektar) dengan ketinggian tembok setinggi 20 kaki, adalah sama sahaja dengan keluasan pada tahun 1883. Kawasan sekeliling penjara telah habis diguna, dengan kawasan perumahan kakitangan memakan keluasan 3.8 hektar (9.4 ekar). Oleh demikian, setiap ruangan yang sedia ada di dalam kawasan penjara terpaksa diguna dan susunan bangunan-bangunan amat padat (sila rujuk kepada [[#Pelan Lakar Kawasan Penjara|pelan lakar kawasan penjara]]). Dengan itu, tertimbullah persoalan adakah [[undang-undang kebakaran api]] terlanggar. Banduan-banduan juga dirumahkan tujuh hingga lapan orang sebuah bilik [[sel]], walaupun ia direka hanya untuk tiga banduan sahaja. Walaubagaimanapun, adalah ajaib sekali bahawa penjara ini dapat dikekalkan selama 122 tahun.''
 
===''Hukuman merotan''===
: ''Untuk maklumat lanjutan, sila lihat'': [[Hukuman merotan di Malaysia]].''
[[Hukuman mati|''Hukuman mati'']] ''tidak dilaksanakan di penjara ini. Banduan reman yang telah dijatuhkan [[hukuman mati]] akan dihantar ke penjara pusat di [[Kuala Lumpur]]. Walaupun demikian, hukuman merotan siap dilaksanakan di kawasan penjara ini pada setiap hari [[Isnin]] dan [[Khamis]].''
 
==''Perigi General Yamashita''==
[[Imej:General yamashita well.jpg|right|thumb|260px|Perigi General Yamashita di Penjara Johor Bahru]]
[[Imej:Prison_front.jpg|thumb|300px|Jalan masuk ke Bangunan Pentadbiran Penjara Johor Bahru]]
''Perigi ini dibina pada tahun 1883, semasa membina penjara ini, sebagai sumber air untuk pesalah yang ditahan. Mengikut cerita kakitangan penjara lama, pada zaman pemerintahan tentera Jepun, perigi ini digunakan sebagai tempat pelaksanaan hukuman pancung keatas pesalah oleh General [[Tomoyuki Yamashita]]. Dipercayai perigi ini ber[[puaka]] dan beberapa kakitangan penjara Johor Bahru dan penghuni penjara mengalami peristiwa-peristiwa yang menakutkan, seperti pernah terjumpa perigi mengeluarkan api pada waktu malam, terjumpa [[makhluk]] besar sedang berdiri diatas perigi tanpa kepala dan wanita berambut panjang merasuk anggota penjara masuk kedalam perigi, dan berbagai cerita misteri lagi.''
 
==''Pameran dan lawatan''==
''Sejak 30hb Ogos 2005, penjara itu dikosongkan dan dibuka kepada orang ramai untuk lawatan. Tempoh pameran dan lawatan ini adalah daripada 1hb September sehingga 15hb Disember, 2005. Pameran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat melihat, merasai pengalaman dan mendapat-kan pengetahuan tentang kehidupan yang dilalui oleh banduan semasa menjalani hukuman penjara agar timbul kesedaran dan keinsafan. Kesedaran dan pendidikan ini diberi melalui [[ceramah]], tayangan video, demonstrasi merotan dan lawatan ke dalam penjara. Bayaran masuk ialah RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun.''
 
==''Rujukan''==
* ''Risalah Pameran yang diterbitkan oleh Penjara Johor Bahru, dan maklumat-maklumat daripada tayangan video dan demonstrasi merotan (6hb September 2005)''
 
[[Kategori:Penjara di Malaysia]]