Sungai Lembing: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
== Sejarah ringkas ==
1920 - 1950 [[Sungai Lembing]] menjadi pengeluar [[bijih timah]] utama negeri [[Pahang]] Darul Makmur. Malah terdapat perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Kelau bagaikan [[el Dorado]] yang popular itu. Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited. Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong lebih sesuai kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif. Pusat lombong bijih timah ini mencapai kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah dan banyak berak cair oleh Elsaperak.
 
Para pekerja Pahang Consolidated Company Ltd diberikan peluang membeli-belah barangan import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasut Clarks dan jauh lebih murah berbanding di Kuantan. Sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi dewan orang ramai. Antara yang pernah tinggal di sini ialah Menteri Komunikasi dan multimedia, Datuk [[Ahmad Shabery Cheek]] .<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=379754 Ahmad Shabery Imbau Kenangan Di Sungai Lembing]</ref>