Majlis Raja-Raja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cck1988 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan web mudah alih
Cck1988 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan web mudah alih
Baris 16:
Apabila [[Persekutuan Tanah Melayu]] ditubuhkan dalam tahun [[1948]], keahliannya ditambah dengan kemasukan [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]] iaitu Negeri [[Johor]], [[Kedah]], [[Perlis]], [[Kelantan]] dan [[Terengganu]]. Namanya juga telah dipendekkan menjadi '''Majlis-Raja-Raja'''. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di [[Kuala Lumpur]] dan telah dipengerusikan oleh DYMM [[Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar]], Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.
 
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri [[Melaka]] dan [[Pulau Pinang]] turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh [[Sabah]] , [[Sarawak]] dan [[singapuraSingapura]](1963-1965) apabila [[Malaysia]] ditubuhkan pada tahun 1963.
 
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober [[1957]] dan dipengerusikan oleh DYMM [[Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail]], Raja Perlis. [[Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125]] pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu.