Bangunan Stadthuys: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Saya memperbetulkan fakta yang ternyata salah sebelum ini.
Baris 4:
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada [[abad ke-19]] ketika pemerintahan [[Malaya British|Inggeris]], sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai [[Malacca Free School]] dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan [[Cina]] yang miskin.
 
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di [[Melaka]]. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Oversee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik TEHT. oH.Moore
 
Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar [[Melayu]] pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti [[Bahasa Melayu]], [[Bahasa Portugis]] dan [[Bahasa Cina]] juga diajar.