Sazzy Falak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
 
==Kerjaya==
Sazzy Falak pernah menimba pengalaman sebagai seorang pelakon teater sejak berusia 11 tahun; ketika itu beliau menerima latihan [[Joe Hasham]] yang ketika itu masih remaja.<ref name="duit">{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Sazzy Falak: duit bukan semuanya|author=Tengku Khalidah Tengku Bidin|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=[[21 Ogos]] [[2005]]}}</ref>Beliau mula menceburi persada hiburan televisyen pada tahun 2000 sebagai pengacara ''[[Muzik-Muzik]]'' pada usia 18 tahun. Pada tahun 2002, beliau berlakon dalam televisyen buat julung kali melalui penampilan dalam [[filem|filem pendek]] ''Piala Untuk Mama'' arahan [[Osman Ali]] di [[ntv7]]. Selepas itu beliau juga pernah menjadi pengacara radio dan beralih ke ''[[Beat TV]]'' di [[Astro Ria]] sejak tahun [[2002]].
 
Selama ini Sazzy turut memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat IT, sehinggalah tahun [[2003]] apabila beliau melepaskan jawatan itu untuk menjadi bintang televisyen sepenuh masa.<ref name="duit"/> Sazzy juga pernah mengacarakan ''[[MTV Jus]]'' di Singapura sebelum menyerahkan tugas itu kepada [[Nur Fazura|Nur Fazura Sharifuddin]] pada tahun [[2006]].<ref>{{cite news|url=http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_3645a1d5-c0a85062-13b625b0-f02d508c|title=“Jangan call saya pada 3 pagi”: Fazura|author=Radin Sri Ghazali|publisher=mStar|[[date=20 Mei]] [[2006]]}}</ref>
 
Sazzy mula berlakon dalam filem dengan memainkan watak Shasha dalam [[filem Gol & Gincu|''Gol & Gincu'']] pada tahun [[2005]] dan ''[[Gol & Gincu The Series]]'' selama dua musim berturut-turut dari tahun [[2006]] hingga [[2007]]. Sempena Aidilfitri pada tahun 2006, Sazzy menyumbangkan suara kepada Cappy dalam versi [[alih suara]] Bahasa Malaysia bagi filem animasi ''Robots'' untuk ditayangkan di [[Star Movies]].<ref>{{cite news|url=http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_01.htm&arc=hive|title=Robots versi Melayu di Astro|author=Khadijah Ibrahim|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=[[18 Oktober]] [[2007]]}}</ref> Pada akhir [[2006]] hingga awal [[2007]], Sazzy mengacarakan rancangan ''[[Blast Off!]]'' di [[hitz.tv]].
 
Pada tahun 2007, selain menghabiskan ''Gol & Gincu'', Sazzy juga memgang watak sampingan dalam ''[[KAMI - The Series]]'' sebagai Alisha, kakak kepada Ali (lakonan Syarul Ezani). Sazzy juga menyertai barisan lakonan siri drama Internet ''[[Kerana Karina]]'' yang dibintangi [[Marsha Londoh]]. Beliau juga turut berlakon dalam ''[[Tipu Kanan Tipu Kiri]]'' yang dijangka keluar pada akhir tahun 2007.