Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2)''', Laluan Persekutuan {{JKR|28}} adalah sebuah lebuhraya lingkaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:59, 24 Oktober 2007

Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), Laluan Persekutuan adalah sebuah lebuhraya lingkaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya bagi menghubungkan kawasan-kawasan kejiranan di sekitar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Keseluruhan sistem lebuhraya lingkaran ini merangkumi Laluan Persekutuan , Lebuhraya Damansara-Puchong E11 (dari Sri Damansara ke Persimpangan Sunway) dan Lebuhraya Shah Alam E5 (dari Persimpangan Sunway ke Sri Petaling). Walau bagaimanapun, istilah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur merujuk kepada Laluan Persekutuan memandangkan ia membentuk lebih kurang dua pertiga daripada keseluruhan sistem.

Sejarah

Kerja-kerja pembinaan lebuhraya lingkaran ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu Sri Damansara-Kepong-Gombak, Gombak-Ulu Klang-Ampang dan Ampang-Cheras-Sri Petaling. Kerja-kerja dimulakan pada tahun 1996 oleh Jabatan Kerja Raya dengan Bumi Hiway Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama.

Laluan perintis

Pembinaan MRR2 turut melibatkan pengambil alihan serta kerja naik taraf beberapa laluan perintis berikut:-

  •   Jalan Sungai Buloh
  • B21 Lebuhraya Selayang-Kepong
  • B22 Jalan Batu Caves
  •   Lebuhraya Karak

Kontroversi

Isu rekahan pada tiang jejambat MRR2 di Kepong

thumb|300px|Kesesakan di jalan susur Jejambat Kepong apabila jejambat tersebut ditutup kepada lalu lintas. Pada tahun 2004, penduduk di Kepong menyuarakan keresahan mereka berikutan terdapat rekahan pada 31 daripada 33 tiang Jejambat Kepong. Jumlah rekahan tersebut dilaporkan dikesan sehingga melebihi 7000 rekahan pada beberapa buah tiang. Kerisauan timbul memandangkan jejambat tersebut digunakan oleh lebih 4,300 kenderaan pada satu-satu masa.

Pada 4 Februari 2006, Jejambat Kepong ditutup kepada lalu lintas, mengakibatkan kesesakan jalan raya yang sangat teruk sepanjang laluan jalan susur Jejambat Kepong (lihat gambar).

Pada 8 Disember 2006, Jejambat Kepong dibuka semula kepada lalu lintas.

Lihat juga