Bruce Lee: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 121:
Pada tahun 1964, di sebuah sesi demonstrasi di Long Beach, California, Lee Bertembung dengan juara Karate, Chuck Norris. Di dalam filem "''Way of the Dragon''" Lee memperkenalkan Norris kepada penonton filem sebagai pelawan beliau di koloseum di Rom, di mana ia merupakan salah satu lagenda-lagenda babak pergaduhan Lee. Ia juga merupakan babak pergaduhan yang paling diingati dalah sejarah filem seni pertahanan diri. Watak Chuck Norris pada asalnya ditawarkan kepada juara karate Amerika, Joe Lewis.
Pada lewat tahun 1972, Lee mula mengerjakan filem keempat Golden Harvest, "''Game of Death''". Beliau mula merakamkan sesetengah adegan pergaduhan, termasuklah adegan turutan dengan bintang sukan bola keranjang dan bekas pelajar, Kareem Abdul-Jabbar (ketinggian: 218 cm). Produksi filem itu terhenti apabila Warner Brothers menawarkan peluang kepada beliau untuk berlakon dalam filem "''Enter the Dragon''", filem yang pertama diterbitkan secara kerjasama antara Golden Harvest dan Warner Bros. Penggambaran bermula di Hong Kong pada Februari 1973. Sebulan selepas penggambaran, sebuah syarikat penggambaran lagi, Starseas Motion Pictures menaikkan Lee ke watak utama di dalam "''Fist of Unicorn''", walaupun beliau hanya bersetuju untuk bertindak sebagai ahli koreografi adegan lawan turutan dalam filem tersebut sebagai pertolongan untuk kawan lamanya, Unicorn Chan. Beliau mengambil keputusan untuk mendakwa syarikat produksi itu tetapi mengekalkan persahabatan dengan Chan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan penggambaran filem "''Enter the Dragon''" tamat dan enam hari sebelum tayangannya pada 26 Julai 1973, Lee meninggal dunia. "Enter the Dragon" bakal menjadi salah satu filem yang paling menguntungkan pada tahun itu dan sekaligus, memellihara Lee sebagai lagenda seni mempertahankan diri. Perbelanjaan filem itu menelan bajet sebanyak 850 ribu USD (bersamaan dengan empat juta USD diselaraskan pada kadar inflasi tahun 2007). Sehingga hari ini, filem itu telah mendapat pulangan sebanyak 200 juta USD seluruh dunia. Filem tersebut juga mencetuskan trend singkat dalam seni pertahanan diri, seperti yang
[[Fail:Bruce Lee Walk of fame.jpg|thumb|Bintang Lee di Laluan Kemasyhuran Hollywood]]
Selain "Game of Death", terdapat projek filem lain yang menampilkan Lee pada masa itu. Pada tahun 1972, selepas kejayaan "''The Big Boss''" dan "''Fist of Fury''", sebuah filem yang ketiga sedang dirancang oleh Raymond Chow di Golden Harvest yang bakal diarah oleh Lo Wei, yang bertajuk "''Yellow Faced Tiger''". Namun, Lee pada masa itu mengambil keputusan untuk mengarah dan menerbitkan skripnya sendiri untuk "''Way of Dragon''". Walaupun Lee telah membentuk syarikat bersama Raymond Chow, sebuah filem sejarah telah dirancang dari September hingga November 1973 dengan syarikat pesaing, Studio Shaw Brothers yang bakal diarah oleh Chor Yuen atau Cheng Kang, dan ditulis oleh Yi Kang dan Chang Cheh yang bertajuk "''The Seven Sons of the Jade Dragon''". Lee juga sedang mengusahakan beberapa skripnya sendiri. Sebuah pita yang mengandungi rakaman Lee menceritakan asas perjalanan cerita secara tentatif untuk sebuah filem yang bertajuk ''"Southern Fist/Northern Leg"'' wujud dan mempunyai persamaan dengan skrip "The Silent Flute" ("''Circle of Iron''"). Sebuah lagi skrip yang bertajuk ''"Green Bamboo Warrior"'' berlatarkan San Francisco, dicadangkan pelakon Bolo Yeung dan bakal diterbitkan oleh Andrew Vajna (yang seterusnya menerbitkan "''First Blood''"). Penggambaran kostum juga telah diorganisasikan untuk sesetengah projek filem tersebut.
|